Wednesday 14 September 2016

Bersih 5 desak Najib berundur 19 Disember - Video

bersih5
PETALING JAYA: Tunjuk perasaan Bersih 5 akan diadakan pada 19 Disember depan bagi menuntut reformasi institusi di negara ini.

Penganjurnya Bersih 2.0 juga mendesak penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Singkir Najib salah satu daripada tuntutan kami, tetapi kami mahu tegaskan kami tidak akan sokong mana-mana pemimpin yang tidak menyokong agenda reformasi,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dalam satu sidang media di Hotel Crystal Crown hari ini.

Turut hadir aktivis Hishammuddin Rais, pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan, dan jurucakap #TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof, antara lain.
Menurut Maria lagi, acara konvoi akan diadakan di seluruh negara sebelum tunjuk perasaan pada 1 Oktober ini.

Konvoi itu, katanya, akan menjelaskan mengapa orang ramai perlu meneruskan perjuangan menuntut perubahan, yang menurut Maria berlaku di negara ini pada kadar yang perlahan.

Maria sebelum ini berkata tunjuk perasaan itu bertujuan untuk mendesak kebertanggungjawaban dan tindakan diambil terhadap Malaysian Official 1 (MO1) susulan saman oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada Julai terhadap individu yang dikaitkan kepada 1Malaysia Development Berhad.

Beliau percaya meunjuk perasaan bukan lagi satu pilihan, sebaliknya suatu keperluan, kerana rakyat perlu menyatakan pendirian terhadap “korupsi dan pengkhianatan”.

Tunjuk perasaan itu juga akan menjadi ujian litmus untuk gabungan pemantau pilihan raya itu selepas himpunan sebelum ini menerjah ke muka depan media kerana kebanyakan peserta berbangsa Cina, lalu menjadi isu perkauman.

Himpunan tahun lalu itu turut membawa kepada tunjuk perasaan balas berbaur perkauman oleh Gerakan Baju Merah tidak alam kemudian.

Saman DoJ mendakwa lebih AS$3.5 bilion digelapkan daripada 1MDB. Ia menamakan Riza Aziz, iaitu anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Low Taek Jhow (Jho Low), dan pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

- FMT

No comments: