Friday 9 September 2016

Penumpang LRT terkandas terpaksa jalan kaki di atas trek

Ratusan penumpang terpaksa berjalan kaki di sepanjang landasan kereta api laluan Gombak-Putra Heights selepas LRT yang mereka naiki mengalami kerosakan.

Beberapa penumpang sempat menggunakan Twitter bagi menghantar gambar-gambar dan video selepas mereka terkandas antara stesen Dato Keramat dan Damai.

Kerosakan tersebut berlaku sekitar jam 10 pagi semasa hujan turun dengan lebat.

Imej pada media sosial menunjukkan barisan penumpang berjalan kaki di sepanjang trek untuk singgah di stesen yang terdekat dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Para penumpang terpaksa berjalan di laluan kecemasan landasan.

"Jalan kaki LRT pada pagi Jumaat. Elakkan menggunakan LRT," kata Anwar Rahmat di Twitter.

"Masalah kuasa sekali lagi (dalam perjalanan) dari Setiawangsa ke KLCC. LRT terkandas antara Dato Keramat dan Damai," kata seorang lagi pengguna Twitter, Adila Khalidi.

- MK

No comments: