Tuesday, 12 July 2016

Theresa May PM baharu Britain


LONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Theresa May akan memulakan tugas sebagai perdana menteri esok, selepas seterunya Andrea Leadsom mengundur diri daripada merebut kerusi yang dikosongkan David Cameron itu.

May, 59, menggantikan Cameron yang mengumumkan peletakan jawatannya sejurus selepas pungutan suara Britain memutuskan negara itu keluar dari Kesatuan Eropah, bulan lalu.

May dari Parti Konservatif merupakan perdana menteri wanita kedua negara itu, selepas Margaret Thatcher yang memimpin kerajaan selama 21 tahun.

May yang menyokong pengunduran Britain dari EU, atau Brexit, bertegas akan memastikan negara itu mematuhi keputusan pungutan suara 23 Jun itu.

“Brexit adalah Brexit, dan kami akan pastikan ia berjaya,” katanya.
Cameron dijangka mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang terakhir hari ini, sebelum menjawab soalan di Parlimen dan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ratu Elizabeth.

“Petang Rabu, kita akan melihat perdana menteri baharu di dalam bangunan di belakang saya ini,” kata Cameron di hadapan rumah kediaman rasmi perdana menteri di 10, Downing Street.

- REUTERS

No comments: