Anggota UMNO diingatkan agar tidak terdorong dengan emosi berhubung langkah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat
memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diselewengkan.
memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diselewengkan.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan keadaan itu akan membuka ruang kepada pihak tertentu untuk tampil dan menangguk di air keruh.
"Harus beri ruang dan masa yang sewajarnya untuk kebenaran itu dibongkar secara adil, secara betul, secara berakauntabiliti dan secara telus," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata semua pihak tidak
seharusnya menggesa keputusan dan hukuman sekadar berasaskan keraguan serta rasa syak semata-mata.
seharusnya menggesa keputusan dan hukuman sekadar berasaskan keraguan serta rasa syak semata-mata.
"Prinsip undang-undang itu sendiri mengingatkan kita bahawa 'justice hurried is justice burried' yakni 'keadilan yang melulu dihambur adalah keadilan yang akan lesu terkubur'," katanya.
Hishammuddin berkata kerajaan Barisan Nasional dan UMNO pastinya tidak akan membiarkan sebarang perkara yang merosakkan nama baik dan reputasi negara terlepas begitu sahaja.
"Kita di dalam UMNO berpendirian selari dengan kerajaan bahawa sesiapa sahaja yang dinamakan di dalam prosiding sivil oleh DOJ perlu tampil dan membela diri mereka sendiri".
Pada 15 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta
individu yang dinamakan dalam laporan DOJ bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.
individu yang dinamakan dalam laporan DOJ bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.
-Bernama
No comments:
Post a Comment