Friday, 22 July 2016
Guang Eng sedia hadapi PRN, bimbang dirinya dipenjara
PETALING JAYA: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ekoran bimbang dirinya dipenjarakan atas tuduhan rasuah.
Menurut laporan dalam talian Berita Harian, Guan Eng dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) berkata beliau mahu PRN disegerakan.
“Kita perlu menjalankan PRN secepat mungkin bagi menentukan pilihan rakyat Pulau Pinang sama ada mereka masih mahu beri sokongan kepada DAP yang dipimpini saya untuk mentadbir negeri ini atau sebaliknya,” katanya.
Tambahnya, beliau tidak mahu menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) yang mungkin berlangsung pada tahun 2018 kerana percaya dirinya akan akan dipenjarakan menjelang tempoh itu.
“Kita tidak mahu pentadbiran kerajaan negeri terganggu jika saya dipenjarakan ketika atau hampir dengan tempoh PRU,” katanya.
Guan Eng ditahan oleh SPRM atas dakwaan penyelewengan berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran tahun lalu.
Penjualan itu didakwa ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis kepada sebuah syarikat swasta pada 2012.
- FMT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment