“Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan itu, beliau berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas pengendali laman itu kerana berniat jahat dan “mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS”
“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno,” kata Tuan Ibrahim.
Sarawak Report baru-baru ini mendakwa Najib cuba mengambil peluang percakaran di kalangan parti pembangkang dengan cuba mengambil hati pemimpin atasan PAS.
“Beliau cuba menjauhkan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang dengan cara biasa beliau – RM90 juta dipercayai mengalir masuk ke dalam pimpinan tertinggi PAS sejak beberapa bulan ini (veteran BN akan menganggap ia harga yang murah),” menurut portal itu dalam laporannya.
“Dengan Guan Eng dipenjarakan bersama-sama Anwar, PAS pula menerima wang, semua pengkritiknya dipecat dan kuasa darurat di tangannya, Najib menganggap beliau boleh sekali lagi memang pilihan raya,” katanya merujuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment