Walau bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Shaharuddin Badaruddin berkata, rakyat perlu berwaspada tentang usaha mengalih pandangan umum dari isu pokok yang membabitkan skandal 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
“Dalam usaha kita membina bangsa Malaysia dan perpaduan nasional, kita harus berani merombak dan membuang istilah-istilah yang telah mengakar dalam masyarakat Melayu tetapi mempunyai konotasi negatif kepada kaum yang lain.
“Peribahasa yang menggunakan istilah-istilah seumpama ini harus dinilai semula,” katanya.
“Walaupun saya kesal dengan penggunaan perkataan tersebut dan menggesa agar Dr Mahathir memikirkan semula keperluan mengguna perkataan tersebut di masa hadapan, pada masa yang sama rakyat Malaysia perlu berwaspada tentang usaha mengalih pandangan umum dari isu pokok yang dibangkit mantan perdana menteri.
“Kegagalan Najib menangani isu kritikal yang menghadapi negara, bukan sahaja dalam isu IS tetapi juga isu ketirisan dan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit dalam kes 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan media.
Shaharuddin berkata, rakyat Malaysia masih menunggu penjelasan Najib tentang siapakah 'Malaysian Official 1' dan keterlibatannya dalam skandal 1MDB di mana berpuluh bilion didakwa dicuri untuk membeli rumah-rumah mewah, hotel, kapal terbang malah juga untuk berjudi di Las Vegas.
Baru-baru ini, satu klip video timbul memaparkan Mahathir pada kempen Selamatkan Malaysia pada Mei lalu, di Langkawi mengungkapkan perkataan "keling".
Beliau menggunakan itu istilah ketika membidas Najib dan pertarungan menentang ancaman IS.
Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap Mahathir.
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan beberapa pemimpin MIC lain juga mengkritik bekas perdana menteri kerana menggunakan istilah berkenaan.
Antara lain, Ramasamy menyoal pemimpin masyarakat sivil bagaimana mereka boleh menyokong tindakan Mahathir untuk menubuhkan parti baru apabila belaiu masih terkongkong dengan minda perkauman.
No comments:
Post a Comment