Selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuka pendaftaran bagi pilihan simpanan shariah, PAS berharap pendekatan itu dapat diperluas ke bidang-bidang lain, termasuk perundangan.
“Saya optimis bahawa aspek patuh syariah ini juga akan mendapat sokongan dan penyertaan orang ramai dan pelbagai pihak jika dilaksanakan dalam bidang-bidang lain termasuk bidang perundangan di negara ini,” kata ketua penerangannya Nasrudin Hassan.
Katanya, dogma 'patuh syariah' akan menyebabkan masalah di kalangan bukan Islam tidak benar dan sudah lagi tidak wujud “kerana patuh syariah adalah rahmat untuk semua”.
PAS memperjuangkan pelaksanaan undang-undang Islam dalam undang-undang negara, termasuk hudud.
Parti Islam itu, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercadang membentangkan usul menambah bidang kuasa mahkamah syariah pada sesi parlimen akan datang.
Pilihan simpanan persaraan baharu KWSP akan dilancarkan tahun depan dan dana permulaan sebanyak RM100 bilion (15 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016) diperuntukkan.
Berdasarkan rundingan awam KWSP tahun lepas, lebih 70 peratus responden bersetuju perlu diadakan pilihan untuk ahli memilih simpanan mereka diuruskan berdasarkan prinsip syariah.
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Nasrudin bersyukur perkara yang ditimbulkannya dalam Dewan Rakyat tahun lalu itu diberi perhatian serius oleh kerajaan.
Beliau juga gembira kerana kerajaan menunjukkan kesediaannya memastikan aspek patuh syariah ditegakkan dalam skim simpanan wang persaraan pekerja.
“Saya menyakini bahawa aspek patuh syariah ini semakin mendapat perhatian, minat dan sokongan pelbagai pihak.
“Buktinya dapat dilihat jelas menerusi sistem kewangan dan perbankan Islam yang telah diperkenalkan sebelum ini dan terbaru menerusi skim simpinan shariah ini,” katanya.
- MK

No comments:
Post a Comment