Setiausaha Biro Keharmonian Agama Chris Daniel Wong berkata langkah Mahathir yang juga pengarang buku The Malay Dilemma itu hanya akan mewujudkan strategi pecah dan perintah serta mendedahan sikap perkauman.
"Masyarakat Cina perlu melihat dengan sepenuhnya.
"Niat dan pemikiran untuk menubuhkan sebuah parti politik berasaskan kaum hanya akan memecah belahkan negara ini di mana politik berasaskan kaum tidak lagi diterima majoriti pengundi terutama Gen-Y," katanya.
Wong menyifatkan hasrat dan pemikiran Mahathir sebagai "membingungkan" dan ini termasuk anak didiknya dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menang atas tiket BN yang menjadi paltform politik pelbagai kaum.
"Rakyat tidak harus terpedaya dengan parti politik baru ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara, kerana ia bukan mengintegrasikan rakyat pelbagai kaum tetapi lebih berfungsi untuk menghancurkan masyarakat Malaysia.
"Perkauman kembali dalam bentuk baru dan rakyat perlu bijak membuat penilaian dan tolaklah jika berpeluang," katanya.
Parti baru akan diketuai oleh Muhyiddin dengan Mahathir dilantik sebagai pengerusinya.
Menurut wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, anak Mahathir yang juga bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dipilih sebagai setiausaha parti.
No comments:
Post a Comment