Thursday 10 November 2016

Jamal lawan Bersih di mahkamah

jamal-maria-court-1
KUALA LUMPUR: Pemimpin Baju Merah DatukJamal Yunos melantik peguam untuk mewakilinya dalam saman fitnah oleh Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Jamal sebelum ini membuang surat tuntutan Maria ke dalam tandas.

Peguamnya Melissa Sasidaran berkata, Mohammed Nasser Yusof dan Mohamad Fauzi Abd Samad daripada firma guaman Fauzi dan Nasser memfailkan kehadiran pada Khamis

Saman Maria disebut bagi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah mengarahkan Jamal memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum 2 Disember, menurut Melissa. “Maria perlu memfailkan jawapannya kepada Jamal pada 16 Disember.”

Kes itu akan dibentangkan di hadapan Hakim Datuk Zaki Abdul Wahab pada 27 Disember.

Maria menghantar surat tuntutan pada 4 Oktober, meminta Jamal memohon maaf atas kenyataannya dalam tempoh 48 jam.

Beliau mengadakan sidang akhbar pada hari berikutnya untuk mengatakan beliau tidak akan meminta maaf.

Maria menyaman Jamal yang juga ketua Bahagian Umno Sungai Besar kerana mendakwa Bersih 2.0 sebagai ejen kumpulan militan Islamic State (IS).

Beliau membuat dakwaan itu dalam satu sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra dan ibu pejabat polis di Bukit Aman,

Maria berkata dalam saman bertarikh 7 Oktober, reputasi beliau dicemar oleh Jamal.

Kenyataannya itu membawa maksud yang beliau bersubahat dengan kumpulan pengganas.

Jamal meminta supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya.
Peguam N Surendran yang turut mewakili Maria, sebelum ini memberi amaran beliau boleh melakukan penyampaian ganti seperti melalui pengiklanan dalam akhabar, jika Jamal masih enggan menerima dokumen mahkamah mengenai saman Maria.




- FMT

Ekonomi mungkin goyah, bank lebih berhati-hati lulus pinjaman

loans-malaysia-1
KUALA LUMPUR: Bank di Malaysia lebih berhati-hati ketika memberikan pinjaman, lapor Bloomberg.

Antara faktor yang mengurangkan pertumbuhan pinjaman adalah jualan ringgit dan ketidakstabilan saham global selepas Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, semalam.

Risiko pertumbuhan global juga mengurangkan hasrat syarikat Malaysia untuk meminjam dan berbelanja.

Ini boleh menjejaskan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggalakkan pertumbuhan ekonomi lebih besar, termasuk “mengepam” lebih banyak wang ke dalam sistem melalui Bajet 2017.

Pertumbuhan pinjaman mungkin merosot kepada sekurang-kurangnya 12 tahun terendah pada 2016, menurut unjuran AmInvestment Bank Bhd, Institut Penyelidikan RHB dan data yang dikumpul Bloomberg.

Menurut Bloomberg, ekonomi Malaysia goyah dengan ramalan Bank Dunia yang pertumbuhan ekonomi negara kurang daripada 5% dari 2016 hingga 2018.

Pengembangan mungkin tidak berubah pada 4% pada suku lalu, demikian menurut kajian Bloomberg, disebabkan kejatuhan harga komoditi yang mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan kredit yang lemah.

“Apa yang membimbangkan kita adalah kredit yang ketat,” kata Weiwen Ng, pakar ekonomi di Australia dan New Zealand Banking Group Ltd di Singapura.

“Hasrat untuk mendapatkan pinjaman kekal lemah, manakala bank-bank berhati-hati dengan pinjaman tidak berbayar, jadi mereka akan lebih berwaspada untuk memberi pinjaman.”

Pinjaman mungkin naik 5% hingga 6% tahun ini dan seterusnya, ramal AmInvestment.

Itu mungkin pertumbuhan paling perlahan sejak sekurang-kurangnya 2004, menurut data yang dikumpul Bloomberg. RHB Research menganggarkan pertumbuhan sebanyak 4.3% tahun ini.

“Korporat lebih berhati-hati dari segi pelaburan mereka dan pada masa sama, isi rumah agak berpengaruh, jadi pertumbuhan walaupun daripada sektor isi rumah juga perlahan,” Bloomberg memetik Fiona Leong, penganalisis Institut Penyelidikan RHB di Kuala Lumpur.

Kadar gadai janji juga semakin lemah berikutan langkah penyejukan bank pusat ke atas sektor hartanah, manakala pinjaman kereta sudah terjejas, kata penganalisis perbankan AmInvestment Bank di Kuala Lumpur, Kelvin Ong.

Pakar ekonomi di Credit Suisse Group AG di Singapura, Michael Wan berkata, prospek pertumbuhan Malaysia boleh dibantu pemulihan dalam harga komoditi dan kelonggaran dasar bank pusat tahun ini.

- Bloomberg

Jangan Hanya Bergantung Kepada Simpanan KWSP Untuk Persaraan

PUTRAJAYA: Pelan persaraan awal dengan jumlah simpanan yang mencukupi amat penting bagi menjamin kehidupan yang selesa selepas bersara.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Katanya pekerja sektor swasta tidak sepatutnya hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk menjamin persaraan yang selesa.

"Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 pun tidak mencukupi melainkan mereka bebas daripada hutang atau mempunyai simpanan lain.

"Bagaimanapun, ketika ini ada yang membeli rumah secara hutang sehingga umur 70 tahun," katanya.

Menurut KWSP, pada Mei lepas hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif KWSP berumur 54 tahun mempunyai jumlah simpanan asas sebanyak RM196,800 atau lebih, dengan penggunaan sekurang-kurangnya RM820 sebulan untuk menampung kehidupan dalam tempoh persaraan

Prof Noor Azizi berkata statistik itu amat membimbangkan terutamanya apabila melibatkan kos penjagaan kesihatan.

"Bagi yang mempunyai insurans mungkin tiada masalah tetapi saya tahu ramai yang tidak mempunyai insurans kesihatan terutama pekerja di peringkat bawahan," katanya.

Sementara itu, penyelia di sebuah syarikat swasta Hendri Yanti Zainal Arifin, 32, berkata persaraan yang selesa bagi dirinya adalah memiliki rumah sendiri dengan simpanan yang mencukupi.

Bagaimanapun, beliau menyuarakan kebimbangan mengenai situasi belia hari ini yang menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah sendiri kerana harga yang terlalu tinggi.

"Tidak mustahil ramai belia hari ini yang akan terus menyewa rumah walaupun selepas bersara dan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, simpanan KWSP mungkin tidak dapat bertahan lama," kata Hendri Yanti.

Bagi pensyarah kolej swasta Khairul Nizam Ahmad Lutfi, 35, golongan bergaji rendah adalah mereka yang akan paling terkesan setelah bersara kelak.

"Gaji yang rendah bermakna caruman (KWSP) juga rendah. Simpanan tidak akan dapat bertahan lama dan mereka terpaksa bekerja semula kecuali jika mereka mempunyai anak-anak yang mampu menanggung perbelanjaan mereka," katanya.

Khairul Nizam berkata selain membeli rumah sendiri, baginya pesara juga perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM400,000 bagi menjamin persaraan yang selesa.

"Saya bersyukur mampu membli rumah sendiri ketika berusia 20-an tetapi saya masih bimbang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara," katanya.

- BERNAMA

Trump Menang, Minyak Turun

SINGAPURA: Harga minyak di Asia jatuh pada Rabu selepas calon Republikan, Donald Trump mengalahkan pencabarnya, Hillary Clinton dari Parti Demokrat.

Pasaran kewangan global dan harga minyak mengalami putaran balik berikutan kemenangan jutawan populis itu dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Pada sekitar 8.30 pagi waktu AS, kontrak Disember untuk penanda aras AS - West Texas Intermediate susut 53 sen pada $44.45 setong dan minyak mentah Brent untuk penghantaran Januari adalah 51 sen lebih rendah pada paras $45.53.

Kedua-dua kontrak jatuh lebih daripada satu dolar pada peringkat awal selepas Trump merapatkan jurang untuk mendahului Clinton.

"Ucapan kemenangan Trump adalah kata-kata yang menenteramkan, kata Jeffrey Halley, seorang penganalisis kanan pasaran di Oanda, kepada AFP.

"Pasaran suka apa yang beliau katakan tentang perbelanjaan fiskal untuk membina semula infrastruktur Amerika."

Bagaimanapun Halley menyatakan bahawa "dunia masih dalam keadaan terkejut" atas kemenangan Trump dan memerlukan lebih banyak masa untuk mencerna implikasi yang berpotensi.

"Tekanan menurun kepada minyak boleh berlaku secara semula jadi, masih terlalu awal untuk mengukur apa-apa pandangan dengan muktamad," katanya.

Capital Economics berkata, jawatan presiden Trump "lebih kepada langkah yang tidak diketahui".

- AFP

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Kemenangan Trump

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu apabila pasaran minyak mencatatkan penurunan susulan kemenangan mengejut Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.2240/2300 berbanding dolar AS daripada 4.2000/2050 pada Selasa.

Peniaga itu berkata penurunan ringgit juga sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang negara sedang pesat membangun Asia.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata ringgit tidak dijangka terus jatuh lagi dalam tempoh terdekat ini.

"Minyak jatuh ke paras terendah yang saya fikir ia boleh pergi pada US$44 setong hari ini, dan saya tidak rasa ia boleh turun banyak lagi. Paling banyak pun US$40, tetapi saya tidak menjangkakan ia akan jatuh ke bawah US$40 sekali lagi," katanya kepada Bernama.

Minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent jatuh 47 cents kepada US$45.57 setong.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.2340/2427 daripada 5.2177/2260 pada Selasa dan turun berbanding euro kepada 4.6679/6754 daripada 4.6402/6465.

Ringgit berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.0345/0392 daripada  3.0225/0267 pada Selasa dan susut berbanding yen kepada 4.0808/0877 daripada 4.0188/0239.

- Bernama

Nato faces a shake-up

A Nato defence minister's meeting
Mr Trump has been hugely critical of Nato (the North Atlantic Treaty Organization), a cornerstone of American foreign policy for more than 60 years.

He has attacked the organisation as obsolete and characterised its members as ungrateful allies who benefit from US largesse. He says America can no longer afford to protect countries in Europe - and in Asia - without adequate compensation, suggesting he would withdraw American forces unless they pay up.

In one sense, he is simply voicing longstanding US concerns about most Nato members not meeting their goal of spending at least 2% of GDP on defence, while US defence spending is the largest in the world. He also stressed in a presidential debate he was "all for Nato".

But his stance has sparked alarm, particularly in eastern Europe which sees the alliance as a bulwark against Russia.

- EPA

Free trade deals may be canned

 A protest in Malaysia against a free trade deal
Donald Trump's trade policies would amount to the single biggest change to the way America does business with the rest of the world in decades.

He has threatened to scrap a number of existing free trade agreements, including the North American Free Trade Agreement between the US, Canada and Mexico, which he blames for job losses. He has even suggested withdrawing the US from the World Trade Organization.

He is also in favour of taxing imports, and has talked about imposing tariffs of 45% on China and 35% on goods shipped from Mexico, in an effort to prevent companies moving jobs south of the border.

- Reuters

China mahu minyak, bukan perubahan kerajaan, kata Chandra

Chandra Muzaffar
KUALA LUMPUR: Perbezaan antara kepentingan antarabangsa China dan Amerika Syarikat ialah Beijing hanya berminat dengan akses kepada minyak, manakala Washington lebih cenderung untuk mengawal komoditi itu, kata Dr Chandra Muzaffar.

Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST) itu berkata, ini sebabnya AS berminat terhadap perubahan kerajaan, “tetapi anda tidak nampak China mahukan perubahan rejim”.

Chandra berkata demikian pada perbincangan meja bulat “Reaksi terhadap ekstremisme dan sektarianisme di dunia Islam”, semalam.

Beliau mendakwa negara Barat menyebarkan Islamofobia melalui media untuk mendapatkan kawalan terhadap sumber utama minyak.

Beliau berkata, pengeksport terbesar minyak adalah negara-negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara.

“Minyak adalah nadi tamadun perindustrian dan sebahagian besar daripada Amerika adalah tamadun perindustrian. Ia mahu mengawal nadi minyak ini.”

Chandra mendakwa media Barat bertindak berat sebelah terhadap Islam dengan melaporkan fanatik agama yang menekankan “pelampau Islam” dan kurang melaporkan aspek ekstremisme agama lain.

Beliau memberi contoh pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya oleh penganut Buddha di Myanmar dan mendakwa sayap kanan mubaligh Kristian di AS yang sebahagian besarnya menyokong perang di Iraq dengan ada di antara mereka yang menyertai tentera Amerika.

Katanya, istilah “Pengganas Islam” dicipta media Barat dan tiada bentuk lain keganasan agama di dunia yang dilabelkan nama agama padanya.

Beliau berkata, selain mengawal minyak, kuasa-kuasa Barat juga mahu mengawal laluan laut, di mana 8 daripada 10 laluan paling strategik itu bersambung ke dunia Islam.

Katanya, satu lagi alasan permusuhan Barat terhadap umat Islam ialah Islam ialah satu-satunya tamadun bukan Barat di dunia yang memberi cabaran kepada mereka.

Beliau berkata, cabaran ini, daripada segi sejarah, wujud dalam bentuk kemajuan Islam dalam bidang sains, seperti fizik, matematik dan perubatan.

“Barat tidak dapat menerimanya. Selama 600 tahun, teks perubatan utama yang digunakan, ditulis Ibn Sina.”

Bagaimanapun, beliau kecewa dengan sesetengah umat Islam yang bertindak balas terhadap permusuhan Barat dengan cara mundur.

“Saya tidak cuba membebaskan umat Islam yang melakukan tindakan ekstremisme. Tindakan sedemikian patut dikutuk. Malangnya sesetengah umat Islam bertindak balas terhadap misi merosakkan imej Islam ini dengan cara bodoh.”

Ahli pengasas G25, Redzuan Kushairi ketika berucap pada forum itu berkata, banyak masalah yang dihadapi umat Islam kontemporari adalah hasil pemikiran sempit mereka .

“Kami digalak menggunakan akal dan logik. Pertimbangan perlu dihidupkan kembali. Keamanan dan kesederhanaan perlu dihidupkan semula. Ini hilang dalam banyak wacana Islam semasa.”

- FMT

Polis berkas pengendali laman Sarawak Keluar Malaysia 2021

Sarawak Keluar Malaysia 2021
SIBU: Polis memberkas pengendali laman sosial Facebook ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021’ pada 2.40 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dalam kenyataannya berkata siasatan terhadap pengendali laman berusia 48 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut beliau, sehingga hari ini sebanyak 13 laporan dibuat terhadap laman tersebut dengan laporan terbaharu diterima di Mukah.

Sebelum ini laman tersebut menyatakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyalahkan Kerajaan Persekutuan dan Umno kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara dan mengancam mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Bagaimanapun pada Isnin lalu pejabat Adenan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan laman itu.

- Bernama

Trump menang: Bukti kuasa pengundi, kata Najib

najib-razak-trump
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah atas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat, hari ini.

Beliau menyifatkan ia sebagai satu kemenangan “luar biasa” dan sekali gus membuktikan kepada ahli-ahli politik agar tidak boleh mengambil mudah terhadap kuasa pengundi.

“Undian pendapat, tokoh politik terkemuka, semuanya memandang rendah kepada kekuatan penyokongnya. Ikrar beliau kepada rakyat Amerika yang terpinggir – mereka yang ingin melihat kerajaan lebih memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan dan kurang terlibat dalam campur tangan asing terbukti bertentangan dengan kepentingan AS – menjadi faktor kemenangan Trump ke atas Rumah Putih,” kata beliau menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Trump memenangi pilihan raya presiden AS sebentar tadi dengan memperolehi 276 undi menewaskan pencabarnya, Hilary Clinton daripada parti Demokrat yang meraih 218 undi.

Menurutnya, seluruh dunia menyaksikan penuh minat pilihan raya presiden tahun ini dan memberikan kejutan kepada setiap ramalan yang dibuat pelbagai pihak.

“Pada 2014, AS dan Malaysia mempertingkatkan hubungan kita dengan perkongsian komprehensif, dan kami sekutu dalam memperjuangkan penentangan terhadap keganasan dan ekstremisme.

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini di bawah pimpinan Presiden Trump. Saya mengucapkan tahniah atas kemenangan luar biasa ini, dan berharap untuk bertemu sekali lagi tidak lama lagi,” katanya.

- FMT

Trump mungkin beretorik bantah TPPA dalam kempen, kata Mustapa

Mustapa Mohamed
KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang kegagalan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) diteruskan berikutan pemilihan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS), kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, memandangkan Trump baharu sahaja memenangi pilihan raya presiden, kita tidak sepatutnya terburu-buru membuat perkiraan walaupun pemimpin Republikan itu dalam kempennya menolak TPPA.

“Bagi saya terlalu awal membuat analisis kerana perkara ini baru berlaku beberapa jam dan kalau kita buat apa-apa andaian terburu-buru mungkin kurang tepat.

“Tapi realitinya AS negara terbuka dari dulu sampai sekarang terutamanya dalam hal ekonomi,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas kenyataan kontroversi Trump sebelum ini yang dilaporkan tidak menyokong TPPA.

Katanya, menerusi proses kempen pilihan raya, pelbagai kenyataan timbul termasuklah ada pihak yang mengatakan Trump tidak mahu melaksanakan TPPA hanyalah sekadar retorik politik bagi mendapatkan undi.

“Jadi kalau kita lihat kempen memang bermacam kenyataan dibuat. Ada berpendapat itu kempen retorik untuk dapat undi dan pancing undi. Ada juga berpandangan setelah menjalankan kerja sebagai presiden akan ada pengubahsuaian tapi sudah pasti ada perubahan kerana Donald Trump berkempen untuk ubah dasar AS.

Bagaimanapun Mustapa berkata, Malaysia akan membuat perbincangan dengan beberapa negara lain yang turut menyertai TPPA sebagai langkah seterusnya.

“Masih awal tapi kita akan bincang berkenaan TPPA dengan 12 buah negara. Saya rasa TPPA akan berbincang dengan mereka untuk melihat perkara ini,” katanya.

Trump memenangi pilihan raya presiden AS sebentar tadi dengan memperolehi 276 undi menewaskan pencabarnya, Hilary Clinton daripada parti Demokrat yang meraih 218 undi.

Kemenangan Trump mencetuskan rasa tidak gembira wakil rakyat Malaysia, terutamanya dalam hal melibatkan nasib TPPA.

- FMT

Ahli Parlimen terkejut, kecewa kemenangan luar jangka Trump

trump
KUALA LUMPUR: Rata-rata ahli Parlimen yang ditemui melahirkan rasa terkejut dengan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini yang meleset daripada jangkaan banyak pihak.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata walaupun keputusan itu mengejutkan, namun ia tidak memberi banyak kesan kepada Malaysia terutama yang melibatkan hubungan ekonomi seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Katanya, Malaysia masih membuat penilaian secara keseluruhan sikap Trump dalam mentadbir AS kerana apa yang diperkatakan pemimpin kontroversi itu semasa berkempen tidak sama khasnya yang melibatkan ekonomi.

“Saya tidak nampak banyak kesan akan berlaku. Kita mempunyai hubungan pelaburan yang lebih baik dengan negara-negara Asia, malah dagangan kita dengan AS hanya sekitar 15% hingga 20%.

“Soalnya, sesiapa sahaja menjadi presiden sukar untuk mengetepikan pandangan kepentingan perniagaan serta ekonomi. Kita kena bezakan apa yang menjadi retorik semasa bertanding berbanding apa yang akan dilakukan semasa memegang jawatan,” katanya ketika ditanya mengenai nasib Malaysia berhubung TPPA memandangkan Trump dalam kempen tidak bersetuju dengannya.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kemenangan Trump satu keputusan luar jangka, sekali gus meletakkan TPPA dalam keadaan membimbangkan.

Katanya, kerajaan perlu memantau kemajuan supaya semua usaha yang dibelanjakan untuk perjanjian itu tidak menjadi sia-sia.

“Soalan pertama kami adalah sama ada TPPA akan tetap diteruskan atau sebaliknya, memandangkan Trump komited untuk menghapuskan TPPA. Ini adalah kebimbangan kita. Jika tidak ada pemantauan daripada kerajaan, perjanjian ini akan menjadi sia-sia,” katanya.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam berkata, terlalu awal untuk menilai sejauh mana pentadbiran presiden AS yang baharu boleh menjejaskan hubungan 2 hala dan diplomatik dengan Malaysia.

“Kita harap dapat melihat Trump sebagai presiden baru akan memainkan peranan sebagai pendamai di dunia, bermakna meneruskan perjuangan mereka untuk membantu negara lain,” katanya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut melahirkan perasaan terkejut dan kecewa dengan kemenangan Trump.

“Kita amat bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku di AS. Saya amat bimbang salah satu demokrasi yang tertua di dunia hari ini boleh membawa kepada pelantikan Trump sebagai presiden. Kita juga bimbang dengan nasib umat Islam di sana memandangkan beliau semasa kempennya seorang yang anti Islam,” katanya.

Bagi Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, pemilihan Trump mewujudkan situasi tidak pasti terutama melibatkan perjalanan ekonomi yang sedikit kabur di bawah presiden baharu itu.

“Ketika ini, yen, pesos dan pasaran inflasi semakin berkurangan dan jatuh. Ia menunjukkan kurangnya keyakinan dan hilang sokongan kepada Trump.

“Oleh itu dasar-dasar beliau benar-benar akan teruji,” katanya.

Trump memenangi pilihan raya presiden AS sebentar tadi dengan memperoleh 276 undi menewaskan pencabarnya, Hilary Clinton daripada parti Demokrat yang meraih 218 undi.

- FMT

Wednesday 9 November 2016

Warga Amerika pilih Kanada, NZ menjelang kemenangan Trump

bahasa-trump,-hillary-clinton.
TORONTO: Laman web utama imigresen Kanada mengalami gangguan dan New Zealand (NZ) melaporkan peningkatan trafik warga Amerika Syarikat (AS) apabila calon presiden Republikan Donald Trump semakin menghampiri Rumah Putih pada Rabu.

Laman web imigresen utama Kanada mengalami gangguan berulang pada malam Selasa apabila Trump mendahului di beberapa negeri utama dan prospek beliau untuk memenangi jawatan presiden AS semakin tinggi.

Di New Zealand, pegawai imigresen memberitahu Reuters pada malam mengundi, laman web New Zealand Now yang berkaitan dengan visa penduduk dan pelajar menerima 1,593 pendaftaran daripada warga AS sejak 1 November – lebih 50% daripada pendaftaran biasa bagi sebulan dalam masa 7 hari.

Lawatan ke New Zealand Now dari AS menghampiri 80% iaitu 41,000 daripada 7 Oktober hingga 7 November, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Rod Drury, ketua eksekutif firma perisian perakaunan global yang berpangkalan di NZ, Xero berkata statistik berpadanan dengan pemerhatian syarikatnya terhadap perspektif pekerja AS berkenaan kemenangan Trump.

Drury berkata apa yang bermula sebagai jenaka kini menjadi kenyataan.

“Saya mendapat banyak mesej pada masa ini yang meminta pekerjaan di New Zealand, dan kami berkata ‘ya, anda boleh’,” Drury kepada Reuters melalui telefon pada Rabu.

“Ia akan menjadi menarik untuk melihat apabila ia diterjemahkan dalam tindakan sebenar, ia adalah satu perbualan aktif yang semakin serius dan kita akan melihat apa yang akan berlaku pada bulan depan.”

Pegawai imigresen NZ enggan mengulas.

Sementara itu, beberapa pengguna di AS, Kanada dan Asia menyaksikan mesej ralat apabila cuba mengakses laman web imigresen Kanada.

Pegawai Kanada bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, tetapi masalah laman web itu disedari ramai netizen di Twitter.

Selepas sesetengah rakyat Amerika, sering secara berseloroh berkata mereka akan berpindah ke Kanada jika Trump dipilih, idea itu diterima pakai sesetengah masyarakat Kanada.

Pada Februari, Pulau Cape Breton di pantai Atlantik Kanada membuat promosi sebagai lokasi perlindungan yang tenang bagi rakyat AS yang mahu melarikan diri apabila Trump menguasai Rumah Putih.

Drury berkata New Zealand dan syarikat-syarikat berteknologi bukan Amerika yang lain akan mendapat manfaat daripada kemenangan Trump.

“Banyak syarikat teknologi dihalau keluar dari AS dan saya rasa ini akan mengubah landskap yang cukup besar,” katanya.

Hakim Ruth Bader Ginsburg memberitahu New York Times pada Julai yang mendiang suaminya Martin D. Ginsburg akan menyokong perpindahan ke New Zealand jika Trump menjadi presiden.

- Reuters

Trump mendahului, semakin hampir ke White House

clinton-trump
NEW YORK: Populis jutawan Donald Trump kini bersedia untuk kemungkinan kemenangan yang mengejutkan dengan menewaskan Hillary Clinton dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan kelebihan undi diperoleh calon Republican itu, setakat ini.

Hillary – bekas Wanita Pertama Democrat, senator dan bekas setiausaha negara – memulakan hari ini dengan peluang nipis untuk menjadi presiden wanita yang pertama di AS.

Pasaran dunia menjunam ketika pemerhati AS menunggu keputusan dari negeri utama seperti Florida dan Pennsylvania, dengan peso Mexico jatuh kerana bimbang Trump akan melaksanakan ikrarnya untuk membina tembok di antara negara jirannya di bahagian selatan AS itu.

Aset selamat bangkit dengan yen dan emas semakin tinggi, dan niaga hadapan di Wall Street jatuh 2.6% pada dagangan selepas waktu pejabat.

Penyokong Hillary yang berkumpul di New York menjangka mendengar ucapan kemenangan daripada calon Democrat berusia 69 tahun itu, terus senyap dan sangat gementar menanti keputusan rasmi.

Sementara itu, di parti pilihan raya Trump, penyokong taikun hartanah berusia 70 tahun itu agak tegang tetapi gembira.

Pada jam 10 malam waktu di AS, Trump dikatakan akan memenangi 19 negeri berjumlah 169 undi sementara Hillary memperoleh 11 kemenangan termasuk di Virgina dan Washington dengan 122 undi.

Kemenangan akan berpihak kepada sesiapa yang memenangi 270 atau lebih negeri.

Terdahulu, Hillary dan suami mengundi di rumah mereka di Chappaqua, sementara Trump dan isterinya membuang undi di Manhattan.

- Reuters

Bahaya guna minyak masak kitar semula

Dr-Zubaidi-Ahmad
KUALA LUMPUR: Penggunaan minyak masak kitar semula berisiko menyebabkan penyakit serius seperti keradangan hati, kanser dan serangan jantung.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim) Dr Zubaidi Ahmad berkata minyak yang digunakan berulang kali akan menghasilkan kandungan toksik tinggi yang sukar dihapuskan.

“Kandungan toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula itu boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, meningkatkan tekanan darah seterusnya mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya terutamanya serangan jantung.

“Minyak masak kitar semula juga tidak terjamin daripada segi keselamatan dan kebersihannya kerana ia diperoleh daripada sisa minyak terpakai di restoran atau hotel,” katanya.

Dr Zubaidi berkata walaupun dikitar semula termasuk melalui proses pelunturan warna dan penapisan, ia masih tidak mampu menyamai kualiti minyak masak baharu malah tidak selamat untuk digunakan.

Katanya, minyak masak berkualiti dan kitar semula agak sukar dibezakan kerana pada asasnya ia kelihatan seperti sama namun pemeriksaan lebih teliti di makmal dapat memastikan kualiti minyak tersebut.

Beliau berkata pengguna boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi memastikan minyak masak baharu dan kitar semula, dengan cara meletakkan minyak masak dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam dan jika minyak kelihatan berbuih, ia merupakan minyak kitar semula.

Selain itu, katanya minyak masak yang dikitar semula akan menghasilkan haba lebih tinggi ketika dipanaskan untuk memasak kerana struktur kimia dalam minyak masak itu berubah.

Sementara itu, Dr Zubaidi mencadangkan orang ramai membeli minyak masak yang mempunyai cap Sirim serta memastikan syarikat pengeluar minyak itu mempunyai lesen sah beroperasi bagi mengelakkan ia menjalankan aktiviti mengutip minyak kitar semula.

“Pengguna jangan mengambil sikap membeli barangan yang murah saja tanpa melihat kualitinya yang akhirnya akan memudaratkan kesihatan sendiri.

“Pihak berkuasa juga perlu sentiasa memantau operasi syarikat pengeluar minyak masak agar mereka tidak mengambil sisa minyak terpakai di restoran atau hotel dan memproses semula minyak tersebut untuk dijual kepada pengguna,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan wujudnya syarikat pengeluar minyak yang mengumpul minyak buangan dari restoran dan melakukan penapisan serta pelunturan warna bagi menjadikan ia kelihatan seperti minyak baharu.

- Bernama

Caj rawatan hospital kerajaan kekal RM1, RM5

Chen Chaw Min
KUALA LUMPUR: Caj rawatan yang dikenakan terhadap pesakit masih kekal RM1 di Jabatan Pesakit Luar Am dan RM5 di Jabatan Pesakit Luar Pakar, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Beliau berkata caj rawatan yang dikenakan ke atas pesakit di hospital dan klinik kesihatan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982.

“Caj yang perlu dibayar oleh pesakit sekiranya mereka memilih untuk mendapatkan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) Bayar Penuh 2007.

“Manakala, perkhidmatan yang diberikan melalui klinik bergerak sama ada melalui pengangkutan darat, laut atau perkhidmatan doktor udara juga adalah
percuma,” katanya.

Beliau memberi penjelasan itu ekoran salah faham di kalangan orang awam mengenai caj rawatan di hospital dan klinik KKM serta caj PPBP yang disebar di media sosial.

Dr Chen berkata pegecualian caj rawatan juga diberikan kepada pesakit yang menghidap penyakit berjangkit, manakala ibu yang menjalani rawatan antenatal dan postnatal dan kanak-kanak di bawah umur satu tahun dikecualikan daripada caj pesakit luar.

“Kanak-kanak pra sekolah pula dikecualikan daripada caj rawatan pergigian (selain alat ortodontik), imunisasi dan vaksinasi,” katanya.

Dr Chen berkata pengecualian caj pesakit luar diberi kepada warga emas dan pengurangan caj 50% jika dimasukkan ke wad dengan jumlah bayaran maksimum
sebanyak RM250 sahaja.

Beliau juga berkata golongan yang diberikan pengecualian caj rawatan adalah orang kurang upaya, penerima bantuan kebajikan, pelajar sekolah serta penderma darah dan organ.

Bagi golongan yang tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan, kerajaan telah menetapkan peraturan yang mereka boleh memohon untuk dikecualikan daripada membayar penuh atau sebahagian daripada caj yang dikenakan.

- Bernama

Polis: Bersih 5 tak penuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman

khalid-bersih-5-1
KUALA LUMPUR: Notis yang dihantar Bersih 2.0 bagi menganjurkan perhimpunan pada bulan ini gagal memenuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012, kata ketua polis negara.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur sudah menghantar notis untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini ke Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Brickfields.

“Kedua-dua notis itu menyatakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, tetapi tiada surat kebenaran daripada datuk bandar Kuala Lumpur dikemukakan sebagaimana dikehendaki mengikut Seksyen 10 (C) dan Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khalid mengulas kenyataan Bersih 2.0 hari ini untuk meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan itu kerana Akta Perhimpunan Aman tidak mensyaratkan keperluan sebarang permit atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan, dan hanya perlu menghantar notis kepada polis 10 hari sebelum perhimpunan.

Khalid berkata, ia adalah kesalahan untuk penganjur meneruskan perhimpunan Bersih 5, memandangkan mereka gagal memberi notis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penganjur juga terikat dengan prosedur sama dalam menganjurkan konvoi Bersih. Sehingga hari ini, tiada notis berhubung perubahan lokasi yang dikemukakan kepada polis,” katanya.

- FMT

Pejabat Malaysiakini diserbu SKMM, 2 komputer disita

MCMC
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya bagi membantu siasatan 2 laporan berita video yang dimuat naik anak syarikat portal berita itu, KiniTV.

Malaysiakini melaporkan serbuan itu diketuai Timbalan Pengarah Unit Penguatkuasaan dan Penyiasatannya, Akmal Hamdy Baharudin bersama 6 anggota yang membawa bersama waran geledah.

Dua komputer dirampas dalam serbuan pada petang tadi yang dipercayai bertujuan membantu siasatan sidang akhbar yang diadakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, pada Julai lalu.

Dalam laporan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang disiarkan pada Julai lalu itu, Khairuddin mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan mendesaknya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.

SKMM sudah mengarahkan KiniTV memadamkan video yang didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi, namun selepas ditegur suruhanjaya itu, KiniTV sekadar memadamkan perkataan “haprak” yang digunakan Khairuddin bagi melabelkan peguam negara.

Video itu dipercayai melanggar Seksyen 233 akta berkenaan, iaitu penggunaan tidak wajar untuk kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

- FMT

Trump atau Hillary, tetap jadi sekutu Israel

trump-clinton
JERUSALEM: Hakikatnya ialah di sebalik semua pengamatan yang mendebarkan, kedua-dua calon Democrat, Hillary Clinton dan Republican, Donald Trump nampaknya boleh menjadi kepercayaan pada Israel, meneruskan dasar campuran presiden Amerika Syarikat (AS) sejak 1980-an.

Warga Palestin yang mungkin perlu lebih bimbang.

Sejak 4 tahun lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mempunyai hubungan yang agak tegang dengan Barack Obama, secara terbuka berkempen menentang AS terhadap program nuklear Iran, termasuk mengutuknya dalam ucapan kepada Kongres.

Tetapi akhirnya ia tidak menghalang pentadbiran Obama untuk bersetuju dengan pakej bantuan ketenteraan Israel bagi tempoh 10 tahun bernilai AS$38 bilion.

Sementara presiden AS mengkritik Israel kerana membina lebih banyak penempatan di tanah Palestin yang mendesak untuk mendapatkan negara sendiri, kecaman itu tidak pernah melangkau perkataan, secara asasnya terus membiarkan Israel bebas membinanya.

Penganalisis berkata pendekatan tidak mesra itu nampaknya akan berterusan sama ada Hillary atau Trump menjadi presiden, dan ada alasan lain bagi Israel untuk menjangkakan pelukan lebih hangat daripada pentadbiran akan datang, berbanding Obama.

Netanyahu sangat berhati-hati untuk tidak menunjukkan sikap pilih kasih dengan menemui kedua-dua calon dan mengeluarkan kenyataan hampir sama selepas setiap pertemuan itu.

Hillary, bekas senator New York dan setiausaha negara, berulang kali menekankan yang beliau akan melindungi kepentingan Israel.

Trump berkata beliau akan memindahkan kedutaaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem, yang akan menjadikan Jerusalem sebagai ibu kota negara itu.

“Kami menghargai sokongan bipartisan kuat yang diterima,” kata Naib Presiden Projek Israel Lior Weintraub, kumpulan pelobi pro Israel, dan bekas ketua staf di Kedutaan Israel di Washington.

“Kami percaya mana-mana presiden akan meneruskan tradisi daripada ramai presiden daripada kedua-dua pihak dengan memupuk perikatan dari setiap sudut, keselamatan hingga kebudayaan,” katanya.

Sementara undian menunjukkan kebanyakan warga Israel memilih Hillary, Trump juga mempunyai pengikut dalam kalangan warga Israel, yang kebanyakannya berasal dari AS.

Berhubung dasar, penganalisis Israel melihat Hillary lebih mampu mengendalikan isu berkenaan dan Timur Tengah jika beliau dipilih berbanding Trump.

Soalannya ialah apa maknanya untuk Palestin. Dengan bahagian dalaman yang dalam dan prospek kecil untuk memulakan rundingan damai dengan Israel, pemerhati Palestin percaya kedua-dua calon tidak mementingkan kebajikan Palestin.

“Mana-mana antara mereka berdua akan mengekalkan komitmen AS untuk membantu Israel, kedua-duanya secara umum menimbulkan kemarahan warga Palestin dalam ucapan pilihan raya mereka,” kata penganalisis Hani Habib.

“Bezanya Cuma Trump berjanji memindahkan kedutaan AS ke Jerusalem sementara Hillary terus senyap. Sebarang pertaruhan ke atas mereka ialah ‘kehilangan pertaruhan’,” katanya.

- Reuters

Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu

Sultan Nazrin Shah
SHAH ALAM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mahu orang Melayu membuktikan mereka bangsa yang bermaruah dan memiliki harga diri supaya tidak menjadi bahan ketawa.

“Melayu itu hendaklah berimej orang yang dihormati, bukan orang yang ditakuti,” baginda berucap ketika merasmikan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

“Buktikan bangsa Melayu bangsa yang pintar, dengan menghentikan perbuatan mengolah cipta pelbagai penglipur lara untuk dijadikan halwa telinga, atau berimej badut hingga dijadikan bahan ketawa. Setiap kegagalan – setiap kesilapan, yang dilakukan oleh anak Melayu, aibnya ditanggung oleh seluruh bangsa.”

Sultan Nazrin mengakui masyarakat Melayu merupakan bangsa yang sensitif, tetapi adalah lebih penting membuktikan mereka juga memiliki sifat seperti menepati janji, membayar balik hutang dan tidak berdusta.

“Muliakan bangsa Melayu, dengan memperkayakan sopan dan tertibnya, adat dan adabnya, hemah dan budinya.”

Menurutnya, orang Melayu perlu menyerahkan amanah kepada Melayu yang benar-benar berwibawa dan berpengetahuan “daripada menyerahkan kepada orang perantaraan yang bersifat parasit, berniaga secara buluh kasap, untung tiada, modal pun lesap”.

Dalam ucapannya, Sultan Nazrin turut menceritakan sejarah awal penubuhan UiTM dalam usaha memberikan peluang kepada Bumiputera.

Antara yang disentuh ialah perbahasan di Parlimen pada 1976, ketika beberapa ahli Parlimen termasuk Lim Kit Siang menyeru supaya Institut Teknologi Mara dibuka kepada rakyat semua kaum.

Idea itu bagaimanapun ditolak menteri pelajaran ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, yang berhujah perpaduan tidak wajar hanya didesak untuk dilaksanakan di ITM sedangkan ada wakil rakyat pembangkang menuntut ditambah penubuhan sekolah Cina dan Tamil.

“Dr Mahathir menyeru agar mereka yang bersungguh mahu merealisasikan agenda perpaduan nasional untuk membuktikannya dengan menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan,” menurut Sultan Nazrin yang menyorot kembali perbahasan di Dewan Rakyat.

“Sebagai seorang yang berlatar belakang doktor perubatan, beliau turut mengukuhkan hujah, tidak akan membuka pintu ITM kepada bukan bumiputera, dengan mengambil contoh perbandingan kes perubatan arterio-venous shunt, satu analogi, hubungan saluran di antara arteri dengan vena.”

- FMT

Tuesday 8 November 2016

‘Semua sudah dipatuhi, Bersih 5 diteruskan’

bersih-5
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 hari ini menolak usaha “menakut-nakutkan rakyat” daripada menyertai konvoi Bersih 5 serta perhimpunan kemuncak di Kuala Lumpur pada 19 November ini, menyifatkan seruan supaya ia diharamkan sebagai cubaan terdesak.

Gabungan itu mengulas desakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Bersih 2.0 diharamkan kerana tidak berdaftar secara rasmi.

“Sekiranya beliau lupa, isu bahawa Bersih tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah pun dibangkitkan pada tahun 2012. Tindakan Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan.

Pada 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Rohana Yusof berkata pengharaman kerajaan ke atas Bersih 2.0 merupakan keputusan “tidak rasional”, sambil membangkitkan pertemuan pengerusinya ketika itu, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Bersih 2.0 turut mempersoalkan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa gabungan itu belum mendapat kebenaran mengadakan perhimpunan yang bertujuan memberi tekanan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak letak jawatan susulan skandal 1MDB.

Menurutnya, Akta Perhimpunan Aman tidak mensyaratkan keperluan sebarang permit atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan, dan hanya perlu menghantar notis kepada polis 10 hari sebelum perhimpunan.

“Notis tersebut bertujuan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November, dari 10 pagi hingga 6 petang. Kami ingin menegaskan bahwa notis tersebut bukan suatu permohonan atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan tersebut,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Khalid berkata gabungan itu masih perlu mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekiranya mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Datuk Bandar, Datuk Seri Mohamad Amin Nordin dilaporkan berkata Bersih 2.0 “degil” kerana meneruskan perhimpunan itu.

“Isu notis, larangan tidak rasional Timbalan Perdana Menteri, dan kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur bertujuan untuk menghalang Bersih dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai aktiviti kami,” kata Bersih 2.0.

“Kami menyeru rakyat Malaysia agar menyertai kami di perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, demokrasi berparlimen yang kuat, hak untuk berbeza pendapat, dan pemerkasaan Sabah dan Sarawak.”

- FMT

Saturday 5 November 2016

Rosmah Hadapi Cabaran Getir Media Sosial

KUALA LUMPUR: Cabaran yang dihadapi isteri perdana menteri kini lebih besar kerana terpaksa berdepan pelbagai tuduhan dan putar belit lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial.

"Ramai yang tidak tahu bahawa isteri perdana menteri terdahulu juga menjadi mangsa pelbagai tuduhan, namun ia tidak tersebar secara meluas seperti sekarang," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor.

Sehubungan itu, beliau berkata masyarakat tidak harus percaya dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong dengan bukti yang kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.

Beliau berucap pada Kursus Pemukiman Penceramah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, Jumaat malam.

Rizal seterusnya berkata Program Permata Negara (Permata), yang dinaungi Rosmah, ditubuhkan kerana isteri perdana menteri itu mahu memberi sumbangan kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak yang sebelum ini dilihat kurang mendapat perhatian.

Permata, kata Rizal, bukan satu pembaziran tetapi pelaburan untuk pendidikan kanak-kanak, dan hasilnya mungkin tidak dapat dilihat sekarang tetapi dalam tahun-tahun mendatang.

Beliau berkata sesiapa yang mengenali rapat isteri perdana menteri mengetahui bahawa beliau sebenarnya seorang yang peramah sifatnya.

- mStar

Ahli Parlimen Tampin Selamat Dalam Kemalangan

SEREMBAN: Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor terselamat dalam kejadian kemalangan di KM45 Jalan Seremban-Tampin di sini, malam Jumaat.

Shaziman dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Melaka bersama empat yang lain di dalam sebuah kereta Toyota Vellfire apabila kereta jenis Proton Persona merempuh kenderaan dinaikinya beberapa kilometer sebelum tol plaza Simpang Ampat.
Namun Ahli Parlimen Tampin itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tiga lagi penumpang lain dan pemandunya yang cedera ringan dikejarkan hospital untuk rawatan lanjut.
- mStar

Ahli PPBM: Khairuddin lebih layak berbanding Rashid

Zaeinal-Abidin-Omar
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lebih layak menjadi naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berbanding Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, kata ahli seumur hidup parti baharu itu.
Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar menyuarakan bantahan dan kekecewaan terhadap pelantikan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), susulan pengumuman barisan kepimpinan PPBM hari ini.
Katanya, kebanyakan muka baharu yang dilantik itu, selama ini hanya membisu ketika pemimpin lain berjuang bermati-matian menentang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka yang baharu dilantik pegang jawatan tertinggi ini, saya tidak nampak keikhlasan dan pendirian melawan Najib, kita tak nak lalang yang tidak ada pendirian jadi pemimpin.
“Kita nak pemimpin yang betul-betul ikhlas, kita tidak tahu sejauh mana pendirian mereka sebab mereka tidak pernah tunjuk keberanian mereka menentang Najib, mereka hanya menumpang dan ambil kesempatan di atas kejayaan penubuhan PPBM,” katanya kepada FMT hari ini.
Pada 27 Oktober lalu, Khairuddin mengumumkan beliau keluar daripada PPBM, berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, beliau berbuat demikian untuk menumpukan perhatian bagi menangani kes mahkamah yang sedang dan akan berlangsung “secara berterusan” selepas ini.
Hari ini, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipilih untuk mengisi kekosongan timbalan presiden PPBM, sementara Rashid pula dilantik sebagai naib presiden.
Selain Rashid, 2 lagi naib presiden ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng yang dipecat, Datuk Hamidah Osman serta peguam, Datuk Abdul Rashid Asari.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk Kadir Jasin; abang Muhyiddin, Tan Sri Abdul Aziz Yassin; Tariq Ismail yang merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman serta bekas Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen pula dilantik sebagai ahli MPT PPBM.
Zaeinal berkata, PPBM sepatutnya melantik Khairuddin memegang jawatan tinggi berbanding mereka yang tidak pernah membantu dalam pembentukan parti itu.
“Kahiruddin salah seorang individu selayaknya dilantik jawatan tertinggi, saya berjuang dari mula bersama Khairuddin menentang Najib.
“Kita lalui pelbagai cabaran, pelbagai ugutan, ancaman dan sebagainya, malah sanggup berkorban nyawa, keselamatan, periuk nasi pun kita korbankan.
“Adakah mereka itu berani buat macam itu? Mereka berani buat laporan polis, tidur dalam lokap seperti Khairuddin? Mereka semua bisu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan barisan pemimpin PPBM yang tidak pernah berjuang untuk penubuhan parti supaya tidak membelakangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membuat keputusan kerana kekuatan parti terletak pada aura bekas perdana menteri itu.
- FMT

Ahli seumur hidup PPBM kesal salah kritik parti

PPBM
PETALING JAYA: Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar merasa kesal setelah dijelaskan pelantikan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibuat kerana sukar mencari pemimpin berintegriti.
Ahli seumur hidup PPBM itu berkata seorang wakil parti menjelaskan perkara itu kepadanya susulan kritikan keras beliau terhadap pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
“Saya minta maaf dan ingin menarik balik kenyataan yang menegur PPBM tentang pemilihan barisan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Saya difahamkan oleh satu sumber bahawa sukar untuk mencari pemimpin yang berintegriti dan tidak mempunyai agenda politik.
“Sumber parti memberitahu kalau kita lantik pemimpin yang mempunyai agenda politik tersendiri mungkin membawa keburukan kepada parti,” katanya.
Zaeinal pada Rabu membidas pelantikan Abdul Rashid dan “muka-muka baharu” yang disifatkannya membisu ketika ahli parti lain berjuang “bermati-matian” menentang pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zaeinal menyifatkan orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai lebih layak menjawat jawatan Naib Presiden.
Khairuddin meninggalkan PPBM minggu lepas.
Zaeinal, yang dilihat sebagai orang kuat Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjelaskan kritikannya bukan ingin menidakkan kebolehan Rashid, cuma ingin melihat pembentukan barisan kepimpinan parti yang kuat pada pandangannya.
“Saya sedar terdapat reaksi berbeza dalam kalangan pengikut saya dan penyokong PPBM tentang teguran drastik saya itu. Bukan niat saya untuk menentang PPBM yang telah sama-sama saya perjuangkan.”
Selain Rashid, 2 lagi naib presiden ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng yang dipecat, Datuk Hamidah Osman serta peguam, Datuk Abdul Rashid Asari.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk Kadir Jasin; abang Muhyiddin, Tan Sri Abdul Aziz Yassin; Tariq Ismail yang merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman serta bekas Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen pula dilantik sebagai ahli MPT PPBM.
- FMT

Pemilik pasar raya didakwa sorok 320kg minyak masak

minyak-masak
GEORGE TOWN: Seorang pemilik sebuah pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas 2 pertuduhan menyorok 320kg minyak masak dan memasarkan secara runcit barang kawalan itu tanpa lesen, minggu lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Soo Jin Yin, 31, didakwa sebagai pemilik tunggal perniagaan Sun Mart didapati menyimpan barang kawalan, iaitu minyak masak sebanyak 320kg di premis, selain premis yang dibenarkan untuk penyimpanan minyak masak.
Untuk pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki minyak masak berkenaan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah di bawah peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974, di mana berurusan secara runcit terhadap barang kawalan tersebut tanpa lesen dikeluarkan di bawah Peraturan 4, peraturan sama.
Soo didakwa melakukan semua perbuatan itu di perniagaan Sun Mart, No 6G, Medan Angsana Satu, Bandar Baru Air Itam pada jam 9.20 malam, 25 Oktober lalu, mengikut Seskyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan Wei Heng menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan kerana kes itu serius.
Bagaimanapun, Soo memohon mahkamah mengurangkan jaminannya atas alasan anaknya baru berusia sebulan dan isterinya sedang berpantang, selain perlu menyara kedua ibu bapanya.
Hakim, Irwan Suaibon kemudian membenarkan Soo diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan bersama seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember ini untuk pengurusan kes bagi serahan dokumen dan membolehkan tertuduh melantik peguam.
- Bernama

Apandi: Polis masih siasat laporan organisasi dibiaya Soros

apandi soros
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara belum menerima kertas siasatan berhubung laporan beberapa organisasi menerima dana daripada hartawan, George Soros.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan beliau belum menerima atau melihat kertas siasatan itu.
“Lepas siasatan baru saya buat keputusan (untuk mendakwa atau sebaliknya),” katanya selepas pelancaran buku sulungnya bertajuk “Fiat Justitia” yang bermaksud “Let Justice Be Done” yang disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, hari ini.
Semalam, Majlis Peguam mengakui ia menerima RM53,757.12 (AS$15,000) daripada Open Society Foundation (OSF) sebagai geran untuk menjalankan penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam, Datuk Seri M Ramachelvan mendedahkan pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Januari 2015.
Baru-baru ini, DC Leak mendakwa OSF milik Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel).
Buku Mohamed Apandi itu mengandungi himpunan lebih 70 penghakiman beliau dalam tempoh 12 tahun ketika menjadi hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Mengenai buku itu, Mohamed Apandi berkata, ia turut merakamkan dengan jelas kehidupan awal beliau sebagai kanak-kanak di Tumpat, Kelantan dan semasa bertugas dalam perkhidmatan undang-undang dan kehakiman serta kerjaya penuh berwarna-warni sebagai peguam bela dan peguam cara.
Mohamed Apandi berharap buku 796 halaman berharga RM220 itu yang akan berada di pasaran pada Isnin depan, bakal memberi manfaat kepada hakim, peguam dan pelajar.
Antara penghakiman berprofil tinggi beliau yang dihimpunkan di dalam buku itu adalah kes Nik Noorhafizi Nik Ibrahim menentang pendakwa raya berhubung hak rakyat kepada perhimpunan aman dan menteri dalam negeri menentang ketua paderi Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur.
Arifin dalam ucapannya berkata, tidak dapat dielakkan kadang-kadang suara dan personaliti seseorang hakim terpamer melalui penghakiman mereka.
“Bagaimanapun, satu perkara saya mesti katakan ialah menulis sesuatu penghakiman adalah satu kerja yang perlu dilakukan dengan cermat dan teliti, ia menuntut banyak usaha, dedikasi dan pengorbanan,” katanya.
Beliau berkata, ia sering tidak dihargai orang awam, namun sebagai hakim, mereka perlu berbangga dengan penghakiman yang ditulis sendiri.
- Bernama

Tak masuk akal tuduh saya jual negara kepada China, kata Najib

najib-china-malaysia
BEIJING: Datuk Seri Najib Razak berkata, pelaburan langsung asing (FDI) penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.
Perdana menteri berkata, rakyat asing yang melabur di negara ini tidak boleh membawa balik infrastruktur yang dibina mereka di Malaysia ke negara asal mereka.
“Oleh itu, bagi mereka yang menuduh kerajaan menjual Malaysia kepada China, ia tidak masuk akal langsung, mungkin disebabkan cemburu atau didorong perasaan iri hati,” katanya kepada diaspora dan pelajar Malaysia dalam majlis makan malam, semalam.
“Pendirian saya jelas dan saya melakukannya untuk Malaysia dan rakyat dalam memastikan ekonomi negara berada pada tahap tinggi,” katanya.
Menteri kewangan itu berkata, usaha beliau mendapatkan FDI adalah untuk mewujudkan peluang kerja bergaji tinggi dan prospek lebih baik bagi rakyat Malaysia.
“Jika ekonomi tidak berkembang, maka rakyat Malaysia akan menghadapi masalah mendapat pekerjaan yang baik,” kata Najib.
Beliau menasihatkan pelajar Malaysia di China melihat ke dalam diri mereka dan tidak berfikiran sempit, tetapi bersahabat dan memahami budaya serta tamadun orang China dan belajar apa yang menjadikan mereka begitu bermotivasi dan berbeza daripada orang lain.
Katanya, di sebalik kelembapan ekonomi dunia, ekonomi China masih berkembang pada kadar 6.5% setahun.
Sebelum itu, Najib menerima kunjungan hormat daripada Gabenor wilayah Hebei, Zhang Qingwei dan mendengar taklimat daripada pengasas dan pengerusi Genting Secret Garden, Datuk Lim Chee Wah berhubung pelaburan mereka di Zhangjiakou bagi membangunkan puncak gunung di kawasan itu sebagai destinasi pelancongan terkenal dunia dan venue bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.
Taman Salji syarikat itu dipilih sebagai venue Sukan Olimpik bagi acara ski gaya bebas dan snowboarding.
- Bernama

Tuesday 1 November 2016

China main peranan besar dalam transformasi Malaysia, kata PM

najib_china_600
BEIJING: China merupakan pelabur kedua terbesar Malaysia dalam sektor perkilangan, dengan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion dalam 20 projek perkilangan yang diluluskan dalam tempoh 8 bulan pertama tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata China terlibat dalam menyokong beberapa projek perdana, yang akan memainkan peranan besar dalam transformasi Malaysia kepada status negara berpendapatan tinggi dan melepasinya.

Antara lain, Malaysia juga berbangga menjadi lokasi pilihan beberapa syarikat besar China seperti China Machinery Import and Export Corporation, Alliance Steel, Sinohydro Corporation Ltd, Comtech Solar International dan Longi.

“Walaupun ekonomi dunia berdepan tempoh sukar, kerjasama Malaysia dan China semakin kukuh,” katanya pada majlis makan tengah hari Forum Perniagaan Malaysia-China bertema ‘Memperkukuh Kerjasama, Membangun Peluang’, yang dihadiri lebih 400 ahli perniagaan China dan Malaysia di sini hari ini.

Najib yang kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China sejak Isnin, juga berkata syarikat dari China banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia, seperti juga sumbangan syarikat Malaysia dalam pertumbuhan China.

Beliau berkata jumlah dagangan Malaysia dengan China juga meningkat 2% antara Januari dan Jun berbanding tempoh sama pada 2015.

Antara projek perdana yang disertai China ialah bandar raya bawah tanah bersepadu yang dikenali sebagai ‘Bandar Malaysia’ yang dibangunkan bersama oleh China Railway Group Limited (CREC) bersama Iskandar Waterfront Holdings, dan pembinaan Melaka Gateway, projek pembangunan mega oleh Powerchina International Group dengan KAJ Development.

Najib yang juga menteri kewangan berkata syarikat lain yang terlibat dalam sektor perkhidmatan Malaysia termasuk Country Garden dan Greenland Group dalam hartanah, Xiamen University dalam pendidikan, manakala dalam komunikasi, ZTE Corp serta Huawei Centre of Excellence.

Beliau berkata berdasarkan hubungan perniagaan dan udara yang kukuh, hubungan perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua negara dijangka bertambah makmur.

“Dan, menerusi hubungan udara yang lebih luas hari ini, dengan Malaysia Airlines dan AirAsia kini menyediakan perkhidmatan ke lebih banyak bandar di China, selain perkhidmatan penerbangan sewa khas dari Guangdong ke Melaka mulai bulan lepas, akan menggalakkan hubungan baharu,” katanya.

Najib berkata Malaysia juga menawarkan penyambungan yang tiada saingannya selain berada pada kedudukan sebagai rakan perniagaan strategik di Asean, yang secara kolektifnya merupakan ekonomi ketujuh terbesar dan diunjur meningkat ke tahap keempat terbesar di dunia pada 2050.

Lebih 1,500 syarikat Malaysia kini beroperasi di Asean.

Bank Malaysia seperti Maybank, CIMB, RHB dan Public Bank, selain syarikat telekomunikasi termasuk DiGi, Maxis dan TM, masing-masing sudah lama bertapak di peringkat serantau.

Penggiat lain di peringkat serantau termasuk YTL, AirAsia dan Malindo, katanya.

“Kita mempunyai asas yang kukuh dalam sektor pembuatan dan tenaga kerja daripada pelbagai etnik dan bahasa yang boleh berkomunikasi secara berkesan dengan kebanyakan pasaran dekat dan jauh,” katanya.

- Bernama

Rafizi: Mengapa anak Najib ada dalam jet negara ke China?

Mengapa anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - ada dalam kapal terbang yang dibiayai oleh negara dalam lawatan ke China, soal Rafizi Ramli (PKR-Pandan)

“Sudahlah jetnya mahal, kami kena tanggung, kemudian dia (Najib) bawa anak tiri dia yang satu dunia tengah cari mengenai wang (yang disalahgunakan) 1MDB.

“Riza Aziz tidak boleh diberi layanan istimewa mengunakan harta rakyat. Beliau sepatutnya ditangkap dan disoal siasat,” kata Rafizi di Dewan Rakyat.

Riza dikesan dalam rakaman media tempatan dengan gambar Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor yang turun dari jet rasmi kerajaan di China semalam.

Juga kelihatan adalah anak pasangan itu, Norashman Najib, yang turut berkongsi gambarnya ketika turun dari jet di Instagram

Riza menjadi subjek siasatan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. Beliau antara yang dinamakan menerima dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

- MK

'Najib bawa anak kerana hormat budaya China'

 
Penyertaan ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan ke Beijing bersesuaian dengan budaya amalan kebiasaan masyarakat China dan keinginan kerajaan negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan kekeluargaan.

Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor berkata jarang untuk Najib membawa keluarganya menyertai lawatan rasmi ke sesebuah negara asing.

Untuk lawatan ke Beijing sekarang, kata Rizal, kerajaan China amat menghargai pertalian hubungan moden antara negara itu dan Malaysia sejak kerajaan pimpinan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein.

"Malaysia merupakan negara pertama di kalangan Asean menjalin hubungan diplomatik dengan Beijing pada 1974," katanya dalam kenyataan hari ini.

Walaupun perdana menteri jarang membawa keluarga, tetapi kata Rizal, adalah normal untuk beliau mahukan anak-anaknya ada bersama ketika lawatan panjang selama seminggu.

Apatah lagi katanya jika lawatan itu dibuat selepas mendapat jemputan khas kerajaan asing untuk membawa keluarga.

"Budaya membina hubungan kekeluargaan ini dikuatkan lagi dengan peribahasa lama Cina yang menyebut apabila anda minum air, fikirkanlah punca air tersebut,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran penyertaan anak Rosmah, Riza Aziz, dalam penerbangan pesawat kerajaan membawa Najib ke Beijing semalam.

Riza yang juga anak tiri Najib adalah individu disebut pihak berkuasa AS dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu ke atas 1MDB.

Riza juga adalah penerbit filem The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio.

Peneyrtaan Riza dikesan melalui tweet berserta gambar Najib mengenai ketibaan beliau di Beijing. Bagaimanapun ia kemudian dipadamkan.

Rizal berkata terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani kerajaan Malaysia dalam lawatan rasmi berkenaan.

Ia, katanya, bakal membawa pelaburan bernilai puluhan billion ringgit dan manfaat untuk Malaysia.

"Jadi mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikuti beliau dalam lawatan ini?

"Lagipun lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang," katanya.

- MK

Bersih tempatkan 1,000 petugas pada 19 November

 bersih-security
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 menyediakan 1,000 anggota keselamatan dan 80 pegawai perubatan termasuk doktor, jururawat dan paramedik yang akan bersiap sedia untuk perhimpunan Bersih 5 pada 19 November depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini notis 10 hari sudah diserahkan kepada PDRM seperti termaktub di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk perhimpunan pada dijadualkan bermula 10 pagi hingga 6 petang.

Notis dihantar ke balai polis di Brickfields, Dang Wangi, Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan tindakan susulan akan dibuat pada minggu depan.

“Kami berharap polis akan bekerjasama dengan kami dan menyediakan anggota dan keselamatan pada 19 November nanti,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu turut mengumumkan 2 tempat berkumpul bagi peserta iaitu di Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan Masjid Negara, sebelum berarak untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

Bersih 5 diadakan sebagai respons kepada krisis politik akibat skandal 1MDB dan mencadangkan 5 tuntutan untuk pembaharuan dalam institusi negara iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

“Kami juga mengulang desakan perdana menteri meletakkan jawatan dan memberikan laluan penyiasatan bebas dapat dilakukan terhadap dana penipuan yang digunakan untuk memenangi PRU13 pada 2013,” katanya.

Bersih sebelum ini melancarkan konvoi ke seluruh negara untuk mempromosikan rancangan mengadakan himpunan jalanan pada 19 November itu.

Beberapa insiden pergaduhan berlaku apabila peserta konvoi Bersih 5 diganggu penyokong gerakan Baju Merah termasuk di Teluk Intan dan Selangor.

Malah, gerakan Baju Merah berkata akan membuat himpunan balas sekiranya Bersih 5 diadakan pada tarikh yang dijadualkan.

- FMT

Air mineral lebih mahal daripada minyak masak tanpa subsidi, kata menteri

Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR: Wang yang dibelanjakan rakyat untuk membeli air mineral lebih banyak daripada minyak masak setiap tahun, kata menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

“Air mineral yang orang minum setiap hari lebih mahal daripada harga minyak masak tidak bersubsidi yang rakyat gunakan tiap-tiap hari,” kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng pada sesi khas Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Lim ingin tahu jika benar rasionalisasi minyak masak akan menyebabkan kos sara hidup keluarga meningkat RM50 setiap seorang setahun, yang bermakna pertambahan RM250 untuk 5 sekeluarga setahun.

Hamzah berkata, kementeriannya menganggarkan setiap individu hanya menggunakan 1.5kg minyak masak sebulan dan berdasarkan anggaran itu, jika subsidi dihapuskan secara menyeluruh dan harga minyak masak naik kira-kira RM4 satu kg.

“Jika ia dinaikkan kepada kira-kira RM4, harga minyak masak paket plastik 1kg hanya bertambah RM1.50 sebulan. Ini bermakna ia hanya naik RM2.25 seorang sebulan.

“Di mana datangnya RM50? Tadi anda kata RM250 setiap keluarga. Saya terkejut,” katanya menjawab soalan ketua menteri Pulau Pinang itu.

Sebotol air mineral 500ml purata berharga kira-kira RM1.20, manakala 1.5 liter dijual kira-kira RM3.

Mulai hari ini, subsidi minyak masak dimansuhkan untuk semua kategori kecuali paket plastik 1kg yang kekal RM2.50, manakala harga untuk bungkusan lain ditentukan kuasa pasaran.

Pada 2015, harga minyak masak berharga RM2,300 hingga RM2,600 setiap tan metrik. September lalu, kementerian memaklumkan harga itu melonjak sehingga RM3,000 seitap tan metrik.

Kementerian itu berkata, rasionalisasi subsidi minyak masak juga bertujuan mengekang aktiviti penyeludupan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu berkata, subsidi berjumlah RM10 bilion akan digunakan untuk bahan api, minyak masak, gas, tol dan pengangkutan awam.

- FMT