Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Keputusan tersebut dibuat di dalam kamar dengan hakim membaca penghakiman 50 muka surat itu.
Peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, walaupun berdepan keputusan hari ini, mahkamah akan mengambil sikap terbuka dalam perkara berkenaan.
"Kami akan mendapatkan arahan daripada anak guam sama ada memfailkan rayuan dan kembali ke mahkamah pada 4 Ogos ini untuk memaklumkan hakim mengenai keputusan kami," jelasnya.
Peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun pula mengesahkan keputusan tersebut dan berkata Najib tidak perlu lagi hadir di mahkamah untuk diperiksa balas.
Pada bulan Mei, Najib gagal untuk mendapatkan penangguhan bagi menfailkan pembelaan ke atas saman tersebut.
Hakim Abu Bakar adalah hakim baru yang dilantik untuk mendengar kes itu selepas Hakim Datuk Rosnaini Saub dipindahkan ke Shah Alam.
- MK
No comments:
Post a Comment