Wednesday 27 July 2016

Lelaki menyamar Sultan Johor bidas Najib

 polis
JOHOR BAHARU: Polis memandang serius satu laporan yang dibuat orang awam berhubung penyamaran pihak tertentu sebagai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, malam semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penyamaran itu didapati membolehkan pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan mengelirukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sebuah blog iaitu suarakamibaru.blogspot.my.

“Tetapi, berdasarkan siasatan yang dilakukan kemudian, Sultan Johor tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebagaimana yang terdapat di dalam blog berkenaan.

“Justeru, polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin menyifatkan penyamaran seperti itu boleh mengganggu-gugat ketenteran awam dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan menganggu orang lain.

- Bernama

No comments: