Tuesday 26 July 2016

Sambutan Dingin Terhadap Forum Awam 'Masa Depan Pulau Pinang'

 
GEORGE TOWN: Forum awam 'Masa Depan Pulau Pinang' anjuran kerajaan negeri dilihat menerima sambutan dingin.

Kurang daripada 300 orang dilihat hadir di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang, di sini, lima minit sebelum bermulanya acara itu pada Isnin.

Kumpulan yang terdiri daripada rakyat Pulau Pinang ini hadir untuk mendengar tentang kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan di negeri ini.

Sesi bermula pada jam 8.30 malam. Beberapa ahli exco kerajaan negeri tampil memberi penerangan dan Guan Eng menjadi orang terakhir memberi ucapan.


- mStar

No comments: