Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata laporan polis oleh Azwan terhadap Zeti, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, adalah atas kapasiti peribadinya.
Bung berkata dakwaan mereka terbabit dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MT.
“Pada saya ianya mungkin bersifat peribadi dan tidak mewakili Umno keseluruhannya dan saya mencadangkan sekiranya Azwan memiliki bukti yang kukuh, maka ianya harus diserahkan kepada pihak yang berwajib untuk disiasat.
“Ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MT sebelum ini,” katanya ketika dihubungi FMT.
Bagaimanapun, Exco Pemuda Umno, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz berkata laporan itu mewakili Pemuda.
Semalam, Khairul, membuat laporan polis terhadap Zeti, Gani dan Abu Kassim, mendakwa mereka memberi maklumat sulit dan dokumen kepada badan Amerika Syarikat seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tanpa kebenaran agensi kerajaan Malaysia.
- Fmt
No comments:
Post a Comment