Thursday 28 July 2016

Mahkamah tak yakin 'Umno celaka' satu hasutan

 
Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini membebaskan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer daripada tuduhan hasutan kerana menggelar “Umno celaka”.
Kenyataan itu didakwa dibuat di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Hakim Mahkamah Sesyen Ibrahim Osman berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Rayer.

Ibrahim berkata mahkamah tidak diyakinkan bahawa kenyataan Rayer itu berbentuk hasutan, justeru ia dilindungi oleh kekebalan seorang wakil rakyat.

- MK

No comments: