Memuat naik status kiriman dalam Facebooknya, beliau menceritakan:
“A bayar ke B, B pula bayar ke C, C bayar ke D, dan D ialah kawan-kawan karib yang ada hubungan dengan pengurus besar A.
“A dengan mudahnya menegaskan tiada
salahlaku dan tiada duit yang hilang. Bagi A, urusannya hanya dengan B,
tak kisahlah samada B ini syarikat kosong ataupun tidak.
“Pendek kata, apa yang B buat dengan
duit A, bukan masalah A, walaupun duit yang dibayar ke B akhirnya pulang
ke mereka yang rapat dengan pengurus besar A melalui C dan D.
“Akhirnya yang berhutang hanyalah A. Pihak B, C dan D menikmati gaya hidup termewah di dunia.
“Meskipun demikian, masih ada yang
memuji bahawa syarikat A banyak membuat kebajikan.
Namun, perompak
berkebajikan tetap adalah perompak,” katanya.
Sebelum ini, Biro Siasatan Persekutuan
(FBI) dengan kerjasama DoJ Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil
untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana
1MDB.
Walaupun tidak disebutkan secara khusus
nama MO1 itu, namun laporan juga mendedahkan tokoh itu sebagai “pegawai
berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan
berkuasa dalam 1MDB”.
Mengulas lanjut perkara itu, Tuan
Ibrahim berkata, kegagalan beberapa agensi berkuasa negara termasuk
pengaruh kuasa politik telah menyebabkan pihak yang terlibat berhubung
siasatan itu diberhentikan.
Ini secara langsung katanya, membuatkan
rakyat Malaysia mula merasakan seolah-olah negara tidak berupaya untuk
membongkar dan menyelesaikan kes 1MDB.
“Akibatnya, apabila ada negara lain yang
sudi membongkar isu 1MDB, seperti Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
(DOJ) dan juga negara-negara lain, rakyat terus mempercayai apa yang
didedahkan penyiasatan mereka.
“Jangan salahkan rakyat. Rakyat tiada
pilihan kerana alasan-alasan yang bukan sahaja kurang logik malah tidak
konsisten yang diberikan pihak berkuasa selama ini melanggar akal
mereka.
“AS mahu menjaga negaranya daripada
dijadikan tempat mencuci wang haram, atau wang rompakan daripada negara
lain,” katanya. – Isma
No comments:
Post a Comment