Wednesday 27 July 2016

Caj baharu parkir DBKL ditentukan esok

 parkir DBKL
Kuala Lumpur – Keputusan mengenai kajian semula caj parkir yang dinaikkan sehingga 150 peratus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melibatkan beberapa kawasan di ibu negara akan ditentukan petang esok.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut perkara ini.

“Keputusan berhubung kajian semula caj parkir di daerah pusat perniagaan (CBD) akan ditentukan petang ini. Saya tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga keputusan itu dibuat.

“Berhubung isu berkenaan, DBKL juga akan mengusulkan perkara berkenaan ke peringkat Kabinet untuk dibincangkan,” katanya kepada pemberita semasa melancarkan ‘Kempen Membayar
Tunggakan Hasil DBKL’ di Menara 1 DBKL di sini tadi.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan DBKL akan mengkaji semula caj parkir di beberapa kawasan antaranya Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar; Sri Hartamas dan Kepong selepas menerima pelbagai rungutan daripada orang ramai. 

– Kosmo

No comments: