Monday 25 July 2016

DOJ: Polis akan ambil tindakan jika ada unsur jenayah – KPN

KPN-
Kuala Lumpur – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan jika terdapat unsur jenayah dalam kes saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketika ini, pihaknya tidak akan campur tangan memandangkan ia merupakan kes sivil.
“PDRM tidak campur tangan dalam kes sivil dan ini pendirian yang kita ambil buat masa ini.
“Tunggu dan lihat perkembangan dalam proses ini… kalau ada perkara yang boleh kita buat susulan, kita akan buat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Baru-baru ini, DOJ Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan. 
– Bernama

No comments: