Tuesday 26 July 2016

Siasatan 1MDB: Jangan tekan polis, kata IGP


 
PUTRAJAYA: Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sedang dijalankan dan polis tidak akan terburu-buru untuk melengkapkan siasatan.

Ketua Polis Negara berkata, siasatan mengambil masa kerana proses merakamkan kenyataan saksi-saksi merupakan proses yang panjang.

"Seperti yang saya katakan, siasatan masih berjalan. Saya tahu sesetengah pihak cuba memaksa untuk mempercepatkan tugas kita.

"Kita mengambil masa lebih daripada seminggu atau dua minggu untuk merakamkan kenyataan bagi segelintir saksi kerana terdapat begitu banyak dokumen yang kita perlu semak," katanya pada majlis pelancaran Persidangan Polis Asean ke-36 (Aseanapol) pada Selasa.

"Anda tidak boleh desak kita melakukan tugas secara terburu-buru dan jangan bandingkan dengan organisasi lain. Jika anda mahu kita melakukan kerja dengan baik, maka kita perlu melakukannya dengan betul," tambahnya.

- mStar

No comments: