Monday, 25 July 2016

Taktik dan teknik serangan IS sukar dikesan polis

Datuk-Ayub-Khan-Mydin-Pitchay,IS 
PETALING JAYA: Polis mendapati kaedah pemetaan yang digunakan oleh Negara Islam (IS) sebagai punca kegagalan pihaknya mengumpul maklumat dan melumpuhkan rancangan keganasan.

KETUA Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata penyerang IS di negara ini bergerak dalam unit di mana setiap unit diberikan peranan dan tugas yang berbeza namun menerima arahan daripada satu pemimpin seperti Mohammad Wanddy Mohamed Jedi.

“Setiap unit berbeza dari segi bilangan operasi dan mereka tidak mengenali ahli dari unit lain. Setiap unit diberi tugas tertentu, misalnya peranan Unit A adalah untuk menjamin bom tangan dan diserahkan kepada Unit B, yang akan menghantar bahan letupan ke lokasi tertentu, diterima oleh Unit C.

“Malah, mereka juga tidak mengadakan sebarang mesyuarat fizikal dan oleh itu tidak mengenali antara satu sama lain,” petik New Straits Times.

Beliau juga akui, teknik “dead drops” (pinda maklumat) menggunakan “field craft” (orang awam) sebagai kaedah yang digunapakai agensi perisikan seperti CIA dan KGB bekas Soviet Union semasa Perang Dingin.

Berikutan itu, ia menghalang usaha polis mengumpul maklumat penting, seperti rakan sejenayah kumpulan, unit sokongan dan sasaran mereka.

“Polis sukar mengumpul maklumat kerana setiap unit hanya disalurkan dengan maklumat terhad.

Hanya Wanddy mempunyai semua maklumat kerana dia yang mengawal mereka,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan bilangan unit penyerang IS akan terus berkembang di negara ini.
Penggunaan aplikasi pesanan untuk berkomunikasi dan menrekrut ahli juga antara sebab lain menghalang polis mengesan mereka (IS).

“Kebanyakan suspek militan yang ditahan bukan baru kepada kumpulan itu. Mereka telah berhubung dengan IS sekurang-kurangnya lima hingga enam bulan.

“Sebelum ini, ia lebih mudah untuk mengesan mereka tetapi kini, ia lebih sukar kerana mereka menggunakan Twitter dan Telegram untuk berkomunikasi,” katanya.

Jika sebelum ini sesiapa sahaja boleh ditangkap di bawah ISA berdasarkan maklumat risikan, kini ia berbeza.

“Operasi SB-CTD perlu mendapatkan bukti sebelum bertindak menangkap dan mendakwa jika tidak, mereka harus dibebaskan,” katanya.

“Ulama YouTube” juga antara pengaruh yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam mempercayai ajaran Salafi Jihadi, ajaran yang digunakan oleh IS untuk menjustifikasikan tindakan kejam sebagai jalan yang benar.

Ayob berkata “Ulama YouTube” mendakwa ia satu ideologi anti-keganasan sambil menamakan Jemaah Islamiyah dan al-Qaeda sebagai antara pengikut ajaran Salafi Jihadi.

- NST

No comments: