Kehadiran ribuan remaja Melayu
membanjiri stadium Melawati Shah Alam malam tadi untuk menyaksikan
konsert Selena Gomez, bukanlah petunjuk bahawa ekonomi negara ini berada
dalam keadaan baik.
Dengan tiket paling murah pun berharga
mencecah RM 300 dan masih habis dijual, ada yang menjadikan itu sebagai
bukti bahawa BN mentadbir ekonomi negara dengan cemerlang disebalik
pelbagai dakwaan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan meruncing.
RM 300 untuk sekeping tiket sebenarnya
bukanlah apa-apa. Gaji minimum di negara ini pun sudah RM 1,000 sebulan
dan RM 300 ini tidak sampai 1/3 pun dari keseluruhan gaji minimum yang
ditetapkan.
Jadi apa yang nak dihairankan dengan kemampuan remaja Malaysia membayar RM 300 hanya untuk sekeping tiket konsert.
Satu faktor lagi ialah konsert itu
diadakan di Selangor, negeri yang diperintah Pakatan Harapan. Di
Selangor semua harga barangan dan perkhidmatan adalah murah kerana
kecekapan kerajaan negeri mentadbir antara negeri yang terkaya di
Malaysia ini.
Maka tidak hairan kenapa penganjur
berani meletakkan harga tiket serendah RM 300. Kalau di tempat lain,
mungkin sudah dua atau 3 kali ganda lebih tinggi dari itu.
Satu perkara yang kurang dibincangkan
ialah kejayaan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menghalang PAS dari
meneruskan demonstrasi membantah penganjuran konsert tersebut. Dengan
nilai yang lebih rendah dari harga tiket itu pun, pemuda PAS berjaya
dineutralkan Azmin.
Hebat, memang hebat.
- Source
No comments:
Post a Comment