Malaysia (SPRM), seperti yang disebut dalam laporan berita.
"Tidak perlu lapor sebarang berita (mengenainya), saya tiada komen" beliau dilaporkan berkata dalam satu mesej teks kepada akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily.
Noor Rashid dan IGP ditanya mengenai berita bahawa timbalan IGP itu telah dinamakan sebagai pengganti Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang bersara pada bulan Ogos.
Kerajaan mencari pengganti Abu Kassim berikutan keputusan ketua SPRM itu untuk bersara awal, akhbar berbahasa Cina Oriental Daily memetik sumber sebagai berkata.
Tawaran itu dikatakan dibuat ketika Noor Rashid dalam lawatan rasmi ke London bulan lalu.
Bagaimanapun, beliau tidak terus menerima tawaran itu kerana mahu lebih banyak masa untuk mempertimbangkan, akhbar harian berbahasa Cina itu melaporkan.
Walaupun begitu, kata sumber kepada Oriental Daily, Noor Rashid menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan itu.
- MK
No comments:
Post a Comment