The New York pada Jumaat memetik dokumen rahsia FBI menunjukkan Kapten Zaharie Ahmad Shah menggunakan simulator penerbangan yang dibina di rumahnya untuk mencartakan laluan yang sama dengan satu lagi laluan dipercayai diambil pesawat malang itu, beberapa minggu sebelum ia hilang.
Pendedahan berkenaan mencetuskan semula spekulasi di media Australia pada Isnin yang misteri belum terungkai itu mungkin satu pembunuhan/bunuh diri.
“Saya sedar, sebagai kerajaan, mengenai laporan siasatan FBI terhadap simulator penerbangan di rumah kapten MH370,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull di Sydney.
“Saya tidak boleh komen mengenainya, dan hanya boleh kata ia urusan penyiasat Malaysia ketika mereka mempertimbangkan laporan akhir mengenai tragedi itu.”
Tetapi katanya;”Jika maklumat simulator itu menunjukkan kemungkinan yang kapten itu merancang insiden mengejutkan itu, ia tidak memberitahu kita lokasi pesawat itu.”
Australia mengetuai operasi mencari besar-besaran pesawat Malaysia Airlines yang dipercayai terjunam di selatan Lautan Hindi selepas hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Dengan zon seluas 120,000 km persegi kawasan di mana pencarian dibuat, Malaysia, China dan Australia minggu lalu bersetuju operasi itu akan ditanggungkan sehingga ada maklumat baharu.
Menurut dokumen sulit daripada polis Malaysia menyiasat insiden itu yang diperoleh majalah New York, FBI mendapati ada data dalam cakera keras daripada simulator penerbangan Zaharie dipadamkan.
“Kami menemui laluan penerbangan, yang membawa ke selatan Lautan Hindi, di antara banyak lagi laluan lain yang dicartakan dalam simulator penerbangan itu,” menurut dokumen itu, lapor majalah itu.
Meskipun laluan itu sama, titik akhir penerbangan simulator itu berlokasi kira-kira 900 batu (1,450 km) dari kawasan di mana pesawat itu dipercayai terjunam, katanya.
Ketika kejadian itu baru berlaku, Zahari disiasat berdasarkan laporan tidak berasas yang menyatakan dia kecewa kerana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan hukuman penjara beberapa jam sebelum pesawat itu berlepas atau ia tindakan bunuh diri akibat masalah peribadi.
Bagaimanapun, keluarga dan rakannya menolak dakwaan itu dan menganggap ia tidak berasas.
Turnbull berkata setiap yang terbabit “bersungguh-sungguh, bersemangat mahu mencari pesawat itu”.
“Saya harap ia akan ditemui, tetapi pada masa ini ia masih tidak diketahui. Ada elemen misteri, tetapi apa pun, ia satu tragedi dan kehilangan.”
- FMT
No comments:
Post a Comment