Punca kenapa gelaran Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman MB Terengganu
ditarik balik Sultan Mizan. Terkini kecoh dilaman sosial mengenai teka
teki mengapa gelaran “Dato Seri” yang ada pada Menteri Besar Terengganu,
Ahmad Razif Abd Rahman tidak lagi disebut pada Majlis Perasmian
Persidangan Wakaf Senusantara 2016 yang berlangsung pada Ahad 24 April
2016.
Ketika majlis ucapan tersebut, gelaran Datuk Seri tidak disebut
tapi digantikan dengan Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar
Terengganu. Bagaimanapun, MB Ahmad Razif enggan mengulas lanjut mengenai
desas desus tersebut. Namun, pada 25 April 2016, semua teka teki
terjawab apabila MB Ahmad Razif disahkan sudah dilucutkan semua darjah
kebesaran termasuk gelaran “Dato Seri” sejak Jumaat 22 April 2016 lalu.
Perkara itu dimaklumkan secara rasmi dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Terengganu pada Isnin 25 April 2016.
Fakta Mengenai Gelaran Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman
- Ahmad
Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ)
yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada
24 April 2015.
- Ahmad
Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir telah
mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk
Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.
- Ini bermakna hanya Sultan sahaja yang berhak atau mempunyai kuasa untuk lucutkan atau menarik balik gelaran pangkat “Dato Seri”
Punca Gelaran Dato Seri MB Terengganu Dilucutkan
Mengenai
desas desus yang tersebar, setakat ini Sultan Mizan telah mengesahkan
dan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelucutan gelaran tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, pengisytiharan pelucutan jawatan itu tiada
kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri
Terengganu. Apapun, tidak mustahil pada ketika ini telah berlaku kemelut
antara MB Terengganu dengan Sultan Mizan dari Istana Terengganu
sehingga berlaku pelucutan pangkat tersebut. Menurut sumber lagi,
kemungkinan besar MB Terengganu Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman tidak
lagi akan bertanding pada pilihanraya akan datang.
Terjawab Gelaran Dato Seri MB Terengganu Sah Ditarik Balik
Dengan
pelucutan darjah kebesaran tersebut, MB Terengganu Dato Seri Ahmad
Razif Abd Rahman kini digantikan dengan gelaran Yang Bahagia (YB) Ahmad
Razif Abd Rahman.
- melvister
No comments:
Post a Comment