Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah satu-satunya
pegawai polis yang boleh mengulas mengenai saman sivil yang difailkan
terhadap 1MDB oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk
Mortadza Nazarene yang bakal bersara esok berkata demikian pada sidang
media hari ini.
"Justeru, jika kamu mempunyai isu-isu lain yang berkaitan dengan
1MDB, dapatkan ketua polis negara untuk mengulas kerana beliau akan
mengadakan sidang akhbar mengenainya," ujar Mortadza.
JSJK adalah jabatan polis yang diamanahkan untuk berurusan dengan
penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB.
Ia telah diberikan tugas berkenaan dalam bulan April dan sedang
menjalankan tugasan tersebut di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang
membabitkan pecah amanah.
Baru-baru ini, Khalid enggan mengulas mengenai tindakan undang-undang
yang difailkan di Amerika Syarikat pada 20 Julai dengan mendakwa ia
adalah kes sivil dan polis Malaysia tidak pernah dirujuk mengenainya.
"Jika beliau (Khalid) memilih untuk berdiam diri, mesti ada sebab dan
apabila tiba masanya, dia akan beritahu kamu," kata Mortadza yang
bersara esok kerana mencecah umur 60 tahun.
"Saya tidak akan berhujah mengenai bos saya," katanya.
- MK
No comments:
Post a Comment