Monday, 25 July 2016

1MDB: Jangan Benarkan Campur Tangan Negara Asing - Idris Haron

MELAKA, 24 Julai -- Malaysia tidak mahu sebarang bentuk campur tangan kuasa asing dalam menentukan corak pentadbiran negara termasuk isu saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan campur tangan AS dalam isu berkenaan dilihat salah satu usaha negara berkenaan untuk mencampuri pentadbiran Malaysia.

"Saya hairan dengan sikap pantas AS yang begitu mudah dan pantas untuk masuk campur dalam urusan pantadbiran negara kita sedangkan mereka (AS) sendiri mempunyai beberapa isu yang lebih dekat dengan rakyat mereka dan ia belum diselesaikan sehingga kini," katanya.

- Bernama

No comments: