Saturday 23 July 2016

Apandi tidak pernah cakap dengan saya mengenai LGE – Gobind

PETALING JAYA: Salah seorang peguam Lim Guan Eng mengugut untuk memetik kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali, kerana menghina mahkamah selepas Apandi memberi amaran kepada Guan Eng jangan membuat komen kepada umum selagi perbicaraan rasuahnya belum selesai.
Gobind Singh Deo mencabar Apandi supaya mengemukakan bukti yang dia sebelum ini pernah memberi amaran kepada Guan Eng jangan bercakap mengenai kes itu.
“Saya belum bercakap dengan beliau (Apandi) sejak hari anak guam saya didakwa dan tidak ada pada bila-bila masa beliau membangkitkan sebarang masalah kepada saya secara peribadi mengenai perkara itu hingga ia keluar di media massa,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Malay Mail Online.
Awal hari ini, Apandi berkata beliau memberikan ‘amaran terakhir’ kepada Guan Eng yang juga setiausaha agung dan ketua menteri Pulau Pinang yang baru-baru ini berkata menjangkakan akan dipenjarakan dan mencadangkan pilihan raya baru diadakan untuk DUN negeri itu.
Apandi berkata integritinya sebagai pendakwa raya tercabar dan beliau sudah memberikan amaran kepada Guan Eng sebelum ini, dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar The Star .
Gobind berkata peguam negara tidak boleh menjangkakan Guan Eng tidak akan membuat kenyataan mengenai perkara itu memandangkan kedudukannya sebagai ketua menteri.
Apandi sepatutnya membangkitkan perkara itu kepadanya, bukan menerusi media, kata Apandi.
Guan Eng dituduh atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah berkait penukaran status tanah pertanian kepada perumahan dan berhubung pembelian banglo RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran.
Ahli perniagaan wanita Phang Li Koon turut didakwa bersubahat dengan Guan Eng bagi kedua-dua kesalahan.
- FMT

No comments: