PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dianggap seperti ‘Mahatma Gandhi’ atau seorang pemimpin yang tidak rasis hanya kerana beliau menentang Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh.
Beliau berkata, walaupun Dr Mahathir ialah seorang pemimpin yang disanjung tinggi, tetapi beliau tidak layak menuding jari kepada perdana menteri lain selepas pentadbirannya.
“Sekarang ini kita hanya merasakan impak ‘aftermath’ polisi kerajaan pentadbiran Tun Mahathir selama 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kenyataan arina Mahathir yang juga anak Dr Mahathir mengkritik kenyataan Presiden MIC Dr S Subramaniam berhubung tindakan bekas perdana menteri itu hanya akan menyebabkan sumbangan dan pencapaiannya terpadam dalam sejarah negara.
Marina dalam status Twitternya pula membalas kenyataan itu dengan berkata; “Dan sejarah akan mengingati MIC, saya yakin…”.
Sivarraajh berkata Marina harus faham yang MIC dan parti komponen lain kalah pada 2008 tetapi tetap bekerja keras untuk kekal relevan disebabkan polisi serta strategi rasis Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri.
“Anak muda India marah hari ini kerana mereka terasa impak polisi yang rasis dan tidak hiraukan bangsa lain oleh Tun Mahathir.
“Sekarang ini kita hanya merasakan impak ‘aftermath’ polisi kerajaan pentadbiran Tun Mahathir selama 30 tahun.
“Kalau anda hendak tahu rasisnya Tun Mahathir sejak bangku sekolah, bacalah buku Doctor in The House,” katanya.
“Kalau anda hendak tahu rasisnya Tun Mahathir sejak bangku sekolah, bacalah buku Doctor in The House,” katanya.
- FMT
No comments:
Post a Comment