Sunday 24 July 2016

Mari perangi rasuah bersama, kata Maria

maria-chin-tan-keng-lian-jamal-yunos-1
PETALING JAYA: Kumpulan pro reformasi Bersih menghulurkan persahabatan kepada pengkritiknya Pemuda Gerakan dan ketua pesaing himpunan itu, Datuk Jamal Yunos untuk menyertai organisasi itu memberi tekanan kepada kerajaan bagi memperbaharui institusi dan memerangi rasuah.
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata dua kumpulan itu, berbanding saling memberi ancaman keganasan dan ketakutan, patutnya menunjukkan sedikit kepimpinan dengan membangkitkan kebimbangan dengan pengumuman terkini salah guna dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad.
“Kedua-duanya patut tahu apa yang kita buat sekarang untuk negara. Mereka patut berada di pihak kami untuk menyelamatkan negara, berbanding mengugut kami atau mencetuskan ketakutan dan kekecohan,” katanya kepada FMT.
Terdahulu hari ini Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mendesak Bersih mengambil tindakan bijak dengan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi mengelak kekecohan dan keganasan seperti yang pernah berlaku pada 2012.
Katanya, Bersih dan pembangkang tidak bertanggungjawab jika mengadakan demonstrasi di jalanan.
Penganjur perhimpunan Baju Merah, Jamal sebelum ini berkata beliau akan menyaingi himpunan Bersih, yang diadakan bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Maria berkata Bersih masih belum membuat keputusan mengenai tarikh perhimpunan bagi tahun ini.
Bagaimanapun, beliau berharap Gerakan berhenti menggunakan insiden pada 2012, apabila polis menuduh mereka menyerang peserta, hingga menyebabkan kecederaan.
“Lebih pula, Bersih menunaikan janji untuk mengadakan perhimpunan aman seperti pada Bersih 4 pada 2015 di mana peserta berkhemah di luar Dataran Merdeka sepanjang 36 jam. Polis juga menjalankan tugas yang baik dalam mengekalkan keamanan,” katanya.
Maria berkata, Jamal juga boleh menganjurkan perhimpunan bersama himpunan lain tetapi sama seperti himpunan lain, ia perlu dilakukan dengan cara aman, tetapi menuduhnya berniat untuk mencetuskan ketakutan.
Katanya, Jamal dan Keng Liang patut mengiktiraf krisis institusi yang dilanda rasuah besar-besaran dan membantu negara daripada terus terjerumus.
Penyokong pembangkang berkata mereka mempertimbangkan himpunan jalanan pada 30 Julai untuk mendesak Najib letak jawatan, selepas kerajaan AS memfailkan saman bagi merampas aset bernilai AS$1 bilion yang dikatakan diperoleh menerusi wang yang dicuri daripada 1MDB.
- FMT

No comments: