PAS hari ini mempersoalkan tindakan polis memasang perangkap had laju di lebuh raya secara tersembunyi.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia seolah-olah membuktikan agenda utama pihak berkuasa ialah mengaut keuntungan daripada saman terhadap pengguna jalan raya.
“Jikalau menyelamatkan nyawa para pengguna lebuhraya menjadi keutamaan perangkap hadlaju, maka sepatutnya perangkap hadlaju harus dipasang di selekoh-selekoh maut lebuhraya secara terang-terangan tanpa perlu bersembunyi,” kata beliau.
Polis mempertingkatkan perangkap had laju di beberapa lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang, di bawah Ops Selamat yang dilancarkan pada 28 Jun sempena musim perayaan.
Tuan Ibrahim berkata, pengguna lebuhraya sepatutnya diberikan amaran seawal 5km sebelum melalui perangkap had laju agar dapat mengurangkan kelajuan dan memastikan kadar laju yang selamat.
“Ini sebenarnya tujuan asal perangkap had laju di mana ia adalah untuk menyelamatkan nyawa dan bukannya sebagai alat mendenda dan menghukum,” katanya.
Tuan Ibrahim mengingatkan pihak berkuasa jangan sekadar menyaman pengguna jalan raya, sebaliknya perlu memberi tekanan kepada syarikat konsesi tol yang masih belum menyelsaikan isu kesesakan setiap kali musim perayaan.
“PAS mencadangkan agar ditarik balik kuasanya untuk mengutip tol sepanjang musim perayaan dan cuti kerana lebuhrayanya tidak dapat memberikan manfaat penjimatan masa dan minyak yang setimpal dengan kadar tol yang dikenakan pada para pengguna lebuhraya.”
- SUMBER
No comments:
Post a Comment