Sunday 3 July 2016

TNB: Transaksi dalam talian hujung bulan ini


Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melancarkan portal sehenti di www.mytnb.com.myhujung bulan ini bagi membolehkan pengguna membuat urusan ‘tanpa sempadan’.
Dalam satu kenyataan di sini, TNB berkata 8.6 juta pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi dan mendapat akses kepada maklumat yang mereka kehendaki.
“Semasa tempoh peralihan sistem sepanjang bulan Julai ini, gangguan kecil mungkin terjadi bagi beberapa transaksi.
“Bagaimanapun, warga kerja kami sedia membantu dan akan berusaha sebaik boleh bagi mengurangkan gangguan tersebut,” kata TNB.
Urusan yang boleh dibuat termasuklah permohonan bekalan, pertukaran nama dan penutupan akaun.
Perkhidmatan lain ialah pemulangan wang cagaran dalam tempoh yang lebih singkat dan terus didebitkan ke akaun bank pelanggan serta pembayaran bil.
Pelanggan juga boleh mendapat akses kepada maklumat dan trend penggunaan elektrik dan carian ke portal-portal lain yang berkaitan industri elektrik.

- BERNAMA

No comments: