Amanah menafikan laporan sebuah akhbar bahasa Inggeris bahawa partinya sedia menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang.
Sebaliknya Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata kenyataan ahli jawatankuasa pusat parti, Mazlan Aliman sebenarnya bermaksud Amanah Johor bersedia menyediakan tempat dan pentas untuk Muhyiddin bersuara.
“Ini memandangkan Muhyiddin ketika ini pemimpin yang tidak berparti. Jadi, kenyataan yang dikeluarkan tidak ada kena mengena dengan soal Muhyiddin menjadi ketua pembangkang, tapi menyediakan tempat untuk Muhyiddin membantah 1MDB dan sebagainya,” katanya yang kesal dengan salah lapor akhbar Inggeris sebelum ini.
Ekoran itu, parti Amanah Johor dijangka mengadakan sidang akhbar menjelaskan isu tersebut petang ini.
Malah kata Khalid, Amanah Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.
Terdahulu akhbar The Star melaporkan Amanah mahu Muhyiddin dipertimbangkan untuk dipilih sebagai ketua pembangkang baharu Pakatan Harapan.
Mazlan juga dikatakan mengakui wujud perbincangan dalam parti untuk mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.
- SUMBER
No comments:
Post a Comment