Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Pengerusi organisasi anti jenayah MyWatch Datuk R Sanjeevan selama 21 hari di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bagi membantu siasatan polis.
Peguam Preakas Sampunathan berkata Majistret Ahmad Solihin Abd Wahab membenarkan Sanjeevan ditahan reman sehingga 31 Julai.
“Kami membantah reman itu kerana penahanannya bukan di bawah POCA,” katanya kepada wartawan.
Preakas berkata selepas reman tamat pada akhir bulan ini, polis boleh memohon lanjutan sehingga 38 hari lagi.
Di bawah POCA, suspek boleh ditahan tanpa perbicaraan sehingga dua tahun.
Sanjeevan ditahan semula semalam, kali ketujuh sejak pertama kali ditangkap pada 23 Jun lalu kerana didakwa melakukan peras ugut dengan meminta “wang perlindungan” sebanyak RM25,000 daripada sindiket perjudian haram.
Beliau berdepan sekurang-kurangnya 14 pertuduhan termasuk pemalsuan, penipuan, fitnah dan penggubahan wang haram.
- SUMBER
No comments:
Post a Comment