Monday, 11 July 2016

Zakat RM$32 juta antara propaganda majalah Melayu IS


Dakwaan pengagihan zakat puluhan juta ringgit antara 'gula-gula' kumpulan bersenjata IS dalam majalah bahasa Melayu pertamanya, untuk memikat penduduk Malaysia dan Indonesia.
Majalah 20 halaman itu, Al Fatihin (bermaksud “Penakluk”), memuatkan statistik jumlah kutipan zakat mereka dengan dakwaan kutipan lapan juta dolar (RM31.86 juta) dan pengagihan kepada lebih 44,000 keluarga.
Bagaimanapun, seperti biasa, ia tetap menyentuh isu 'jihad' dan mati 'syahid'.
Seolah berbangga dengan serangannya, Al Fatihin turut menyenaraikan kronologi serangan yang pernah dilakukan IS di seluruh dunia.
Malaysia dan Indonesia bagaimanapun tiada dalam senarai itu.
Menurut Utusan Online, edisi pertama Al Fatihin memuatkan pelbagai propaganda dan berita berkaitan kegiatan militan mereka dalam bahasa Melayu dan Indonesia telah diterbitkan buat julung kalinya.
Tidak diketahui bagaimana edarannya, ia dikesan dimuat naik secara digital di sebuah laman web arkib pada 20 Jun lalu.
IS sebelum ini telah menyampaikan propagandanya melalui video bahasa Melayu di Youtube, yang antaranya memberi amaran terhadap ibu pejabat polis Bukit Aman dan serangan pada “musuh-musuhnya”.
Langkah terbaru IS itu dilihat cuba menyebarkan fahamannya di kalangan rakyat negara ini yang menolak keganasan.
- UTUSAN ONLINE

No comments: