Sunday 24 July 2016

Charles kecam AS guna PR dalam isu pemerdagangan awam

PETALING JAYA: Amerika Syarikat digesa supaya tidak menggunakan isu pemerdagangan manusia di Malaysia sebagai alat perhubungan awam (PR) untuk menenteramkan hati pengkritik di Kongres Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata Duta Tugas Khas AS Susan Coppedge mesti menekankan usaha Malaysia yang sebenar dalam mencegah penyeludupan manusia dan menjalankan siasatan tidak berat sebelah untuk menangkap pesalah.
Charles menuduh AS menaikkan tahap kedudukan Malaysia dalam pemerdagangan manusia, daripada kategori paling rendah Tahap 3 kepada Tahap 2, dalam Senarai Pemerhatian AS, bagi membolehkan AS berdagang dengan Malaysia di bawah perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
“Saya mengalu-alukan lawatan Coppedge bertemu pegawai dan kumpulan sosial tetapi berharap ia bukan sekadar untuk memuaskan hati senator AS dan ahli kongres, yang mengkritik naik taraf dilakukan,” katanya.
Beliau berkata kebimbangan AS mengenai kegagalan Malaysia mendakwa mereka yang terlibat dalam isu 139 kubur dan 28 kem penyeludupan manusia yang ditemui di sempadan Thai-Malaysia pada tahun lepas.
Namun beliau menegaskan perkara itu sudah terjadi apabila naik taraf dibuat tidak lama selepas bagi membuka jalan untuk Malaysia bergerak ke depan dalam rundingan TPPA.
Charles berkata Coppedge perlu bertegas mengenai tindakannya terhadap pesalah undang-undang anti pemerdagangan, perlindungan mangsa, peningkatan pemantauan, rangkaian penguatkuasaan serantau untuk menggagalkan penyeludupan dan langkah untuk mengawal selia pengambilan pekerja asing.
Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga menteri dalam negeri berusaha untuk menaikkan Malaysia ke Tahap 1.
Beliau mendakwa kerajaan Malaysia hanya menunjukkan kebimbangan menggunakan gambar dan kisah retorik tetapi sambil lewa dalam menangani isu sebenar perdagangan manusia.
- FMT

No comments: