Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berada dalam parti Umno, secara automatik semua jawatan yang disandang beliau akan hilang.
"Kalau dia (Lim) dalam Umno, (semua) jawatan dia dah hilang sebab kita kata jangan campur masalah peribadi dengan
parti," kata Noh yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
parti," kata Noh yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata Umno tidak mahu terlibat dalam masalah yang dihadapi oleh pemimpinnya, dengan memetik contoh tuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
"Kita Umno menghormati undang-undang, bila seorang pemimpin kita didakwa di mahkamah, automatik akan digantung tetapi jika terbukti tak bersalah dia boleh kembali kepada parti," kata Noh dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.
Mohamad Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada September tahun lalu selepas disabitkan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta untuk dirinya dan isterinya.
Pada bulan Mac, Mohamad Khir menjalani perintah parol selepas menjalani enam bulan hukumam penjara sebelum dia dibebaskan dua bulan kemudiannya.
Tetapi, menurut Noh, ianya berbeza dengan parti pembangkang.
"Pembangkang cakap lain, mana maruah dia? Bila kamu dah kena, tak mahu letak jawatan.
Lim yang juga setiausaha agung DAP didakwa atas dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, kelmarin.
Lim yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan, dibenarkan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.
Mahkamah tidak memerintahkan Lim menyerahkan pasportnya tetapi beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah
dan Jabatan Peguam Negara, dua hari sebelum ke luar negara.
dan Jabatan Peguam Negara, dua hari sebelum ke luar negara.
Mahkamah Tinggi menetapkan 22 September depan untuk pengurusan kes.
- SUMBER
No comments:
Post a Comment