KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui
masih menerima ancaman keselamatan daripada beberapa pihak berikutan
ketegasan pihaknya dalam membanteras ancaman militan Daesh di negara
ini.
Beliau berkata ancaman terbaru diterimanya lima hari lepas susulan
beberapa ancaman diterima beliau dan beberapa pegawai kanan polis
baru-baru ini.
"Saya masih menerima ancaman ini (Daesh) namun itulah lumrah sebagai seorang ketua yang menjaga keselamatan negara.
"Saya juga menjangkakan perkara ini dan ia bukanlah perkara yang baru.
Tiada apa yang perlu dirisaukan," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit
Aman di sini, Isnin.
Menyentuh penemuan objek dipercayai bom buatan sendiri di dalam kawasan
semak berhampiran rel kereta api di Jalan Kolam Air 9, Sentul, di sini
pada 13 Julai lalu, Khalid berkata ia tidak mempunyai kaitan dengan
Daesh.
"Setakat ini, penemuan objek terbabit sama sekali tidak mempunyai
kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan ia hanyalah merupakan
masalah dalaman.
"Bagaimanapun, polis telah menemui beberapa petunjuk yang boleh membantu siasatan," katanya.
Khalid berkata pihaknya akan sentiasa mengambil langkah membuat kawalan
di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai yang mungkin menjadi sasaran
ancaman kumpulan pengganas.
- AP
No comments:
Post a Comment