Tuesday, 19 July 2016

AG Sekat SPRM Dari Dapatkan Dokumen AG Switzerland Yg Mempunyai Bukti Penyelewengan 1MDB

Bekas Pengerusi Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan keputusan Ketua Auditor Negara untuk mengklasifikasikan laporan siasatan mengenai syarikat kontroversi, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Menurut Khairuddin, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam telah menunjukkan bahawa telah berlakunya salah laku tadbir di dalam 1MDB sehingga menyebabkan hutang syarikat tersebut mencecah RM50 bilion bukannya RM42 bilion seperti yang didakwa sebelum ini.
“Kesemua penyangak-penyangak ini telah menyebabkan kerugian yang begitu besar pada syarikat 1MDB! Ini melibatkan kerugian pada duit kerajaan mahupun rakyat yang cukup banyak jumlahnya!
“Kerajaan mesti mengambil pendekatan bertanggungjawab dan harus tubuhkan satu badan siasatan diraja untuk menyiasat secara terperinci kenapa syarikat yang berusia tujuh tahun ini berhutang sampai RM50 bilion?
“Dalam masa yang sama keseluruhan rakyat merasa amat pelik kerana laporan ketua audit negara masih diklasifikasikan secara OSA dan tidak dibentangkan secara terbuka semalam!! Apa kandungan laporan ketua audit negara?! Rakyat minat untuk mengetahui hakikat faktanya!!
“Kenapa nak sorok lagi?! Apa yang takut sangat sekiranya tiada unsur-unsur salahlaku berlaku dalam urus tadbir syarikat 1MDB sepertimana yang diperkatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya hari ini.
Tegasnya lagi, beliau mencabar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapatkan semua bahan bukti dari pejabat peguam negara switzerland berhubung 1MDB.
“Tolong jangan sekat untuk sprm berbuat demikian! Kenapa takut sangat untuk membenarkan sprm mendapatkan dokumen-dokumen dari luar negara bagi mereka selesaikan siasatan terhadap kes skandal 1mdb ini?
“Apapun Najib dan keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti disiasat oleh PDRM (Polis DiRaja Malaysia) dan SPRM secara telus serta bebas tanpa campur tangan dari mana-mana pihak!!
“Kerajaan Najib mesti akur dan berpegang pada nasihat majlis Raja-Raja Melayu yang mahukan kes polemik skandal 1MDB disiasat secara telus, adil serta saksama tanpa campurtangan orang-orang politik!!” ujarnya lagi.
Semalam, PAC membentangkan laporan siasatan mengenai 1MDB dan mendapati wujudnya salah laku dalam pengurusan syarikat tersebut dan pada masa yang sama laporan tersebut turut menyatakan individu yang perlu disiasat adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Menurut PAC, Shahrol Azral perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu. 
- themalaysiantimes

No comments: