Monday, 18 July 2016

Mahkamah Tinggi Membenarkan Najib Ketepikan Afidavit Dr Mahathir



KUALA LUMPUR, 18 Julai -- Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengenepikan afidavit bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan memutuskan ia sebagai dengar cakap dan boleh menimbulkan perbalahan.

Pada 15 Feb tahun ini, Dr Mahathir memfailkan afidavit untuk menyokong permohonan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik untuk membatalkan saman perdana menteri.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin berpendapat afidavit Dr Mahathir merupakan dengar cakap kerana beliau tidak menyatakan alasan, sumber maklumat dan sama ada beliau mengetahui secara peribadi akan maklumat itu.....

- Bernama

No comments: