Saturday 23 July 2016

Ahli Parlimen Kalabakan sakit perut, dirawat di hospital

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dimasukkan ke Hospital Tawau hari ini setelah mengadu sakit perut dan bukannya kerana penyakit lain, kata Setiausaha Umno Kalabakan Mohd Ayaz Khan Yunus.
Sehubungan itu, beliau menafikan berita kononnya Ghapur pengsan di rumahnya akibat serangan jantung, yang menjadi viral di media sosial hari ini.
“Beliau dimasukkan di Hospital Tawau kira-kira 9.30 pagi tadi disebabkan ‘salah makan’ dan bukan kerana perkara lain.
“Sebelum itu, beliau mengadu sakit perut dan lemah badan sebelum beliau dibawa ke hospital oleh keluarganya,” katanya.
Keadaan Ghapur, yang juga ketua Umno Bahagian Kalabakan beransur pulih dan kini dalam keadaan stabil, katanya.
- Bernama

No comments: