Saturday 23 July 2016

1MDB: Saman sivil AS bukan konspirasi, kata Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah mendakwa saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman AS berkaitan kontroversi 1MDB tidak boleh dianggap sebagai konspirasi menentang negara.
Bercakap pada majlis rumah terbukan anjuran Parlimen Lembag Pantai di sini, hari ini Izzah berkata negara lain termasuk Switzerland dan Singapura juga menyiasat negara ini berhubung perkara sama.
“Jika ini sememangnya konspirasi maka ia bermakna seluruh dunia terbabit dalam konspirasi menentang Malaysia,” katanya.
Nurul Izzah berkata bapanya, ketua de facto pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2011 memberi amaran yang 1MDB akan menyebabkan negara menanggung bebang hutang.
“Beliau sudah beritahu jika kita gagal membongkar perkara sebenar mengenai 1MDB, maka negara ini akan menanggung hutang besar dan lihat kita sekarang.”
Katanya, meskipun ada pihak tertentu dalam negara yang cuba menyembunyikan perkara itu daripada rakyat, kebenaran pastinya terbongkar dalam pelbagai cara.
Beliau berkata peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak saja tidak cukup memandangkan seluruh Kabinet bertanggungjawab dalam kontroversi 1MDB.
“Ini bukan lagi mengenai beliau letak jawatan. Jangan letak jawatan kerana seluruh Kabinet perlu bertanggungjawab.”
- FMT

No comments: