Friday 15 July 2016

Anwar puji gabungan pembangkang baharu


KUALA LUMPUR: Gabungan pembangkang baharu yang terdiri daripada parti pembangkang sedia ada dan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad menerima kelulusan positif daripada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya rasa ia sesuatu yang positif,” katanya ringkas kepada wartawan ketika ditemui selepas menghadiri kesnya di Mahkamah Tinggi, hari ini.

“Kami masih menunggu keputusan Muhyiddin kerana beliau yang memutuskannya. Kita bersemangat untuk bergabung dengan mereka,” katanya.

Anwar berkata pembangkang juga perlu kekal bersama dan bekerja.
“Pembangkang perlu kekal teguh, bersatu dan bekerja. Ini masanya kita mesti bersatu,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana berkata, parti pembangkang sedia ada iaitu PKR, DAP dan Amanah akan membentuk gabungan baharu dengan satu parti politik yang akan ditubuhkan.

Katanya, fokus utama gabungan itu ialah memenangi PRU14.

Anwar juga secara ringkas menyentuh kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat yang menyeru ‘gencatan senjata’ dalam kalangan parti pembangkang untuk memfokuskan kepada menewaskan BN.

“Saya melihat kenyataan yang positif daripada timbalan presiden,” katanya.
Kenyataan Tuan Ibrahim itu sebelum ini dinafikan setiausaha agung parti Islam berkenaan, Datuk Takiyuddin Hassan yang berkata cadangan ‘gencatan senjata’ itu hanya idea Tuan Ibrahim saja, bukan parti.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menerusi satu kenyataan semalam berkata PAS sedia mengendalikan PRU akan datang secara bersendirian jika parti itu terpaksa berkompromi berhubung pendirian Islamik mereka.

Belia berkata PAS hanya akan bekerjasama dengan parti politik yang menegakkan Islam

- FMT

No comments: