Monday 1 August 2016

14% tenaga kerja negara adalah orang asing

Ismail-Abdul-Muttalib-foreign-workers-1
KUALA LUMPUR: Hanya 1% lagi untuk Malaysia capai had pekerja asing yang ditetapkan Putrajaya iaitu 15% daripada keseluruhan tenaga kerja negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata peratus pekerja asing berdaftar sekarang adalah 14% atau kira-kira dua juta daripada 14 juta tenaga kerja di negara ini.
“Kami harap lebih ramai majikan ambil pekerja tempatan supaya ia (pekerja asing) tidak lepasi had sekarang,” katanya dalam sidang media seusai majlis Hari Raya kementerian hari ini.
Ismail berkata majoriti pekerja asing digajikan untuk melakukan kerja 3D (kotor, bahaya dan merendahkan martabat) di sektor perladangan, perusahaan, pembinaan, keselamatan dan perkhidmatan.
Menurutnya, kira-kira 100,000 pekerja asing berkemahiran sepatutnya mengajar kemahiran mereka kepada pekerja tempatan, dalam usaha mencapai sasaran 35% pekerja tempatan berkemahiran menjelang 2020.
Ketika ini jumlah pekerja tempatan berkemahiran sekitar 28%.
“Kami akan terus menyediakan latihan kemahian dan bantuan kewangan bagi mencapai sasaran itu,” katanya.
Beliau berharap rakyat Malaysia akan tampil mengisi kerja-kerja yang diambil pekerja asing.
“Dari segi perbandingan, walaupun kadar pengangguran rendah pada 3.1% (400,000), angka itu menunjukkan masih ada yang tidak bekerja,” katanya.
Laporan media sebelum ini menyebut terdapat kira-kira dua juta pekerja asing di Malaysia, dengan jumlah pekerja asing haram hampir menyamai di pelbagai sektor.
- FMT

No comments: