Dalam satu kenyataan ringkas disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers hari ini, Tunku Ismail atau popular dengan gelaran TMJ berkata baginda memutuskan untuk menyerahkan pendrive itu kerana tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan FAM.
Awal hari ini, TMJ berkenan menerima kunjungan Khairy di Istana Bukit Pelangi, Johor Baru.
“FAM bukanlah masalah baginda. Baginda hanya ingin menjaga kelab kecilnya, JDT,” menurut kenyataan di Facebook itu hari ini.
Bulan lalu, TMJ mendakwa baginda memiliki maklumat, disimpan dalam pendrive – terima kasih kepada “rakan berpangkat tinggi’ – yang menurutnya dapat memberikan maklumat salah laku FAM.
Maklumat itu termasuk aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit kelab yang diambil FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.
- FMT
No comments:
Post a Comment