Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 11 sebab akan berlaku sokongan
ahli Umno dan rakyat terhadap penubuhan parti baharu itu dalam persada
politik tanah air.
Setiausaha
Penaja Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, dikalangan yang
berlumba-lumba menyertai parti ini terdiri daripada pelbagai pihak dan
golongan masyarakat.
"Mereka yang
tidak pernah menyertai mana mana parti politik. Mereka yang tidak pernah
minat politik.Mereka yang sudah hilang kepercayaan dengan pemimpin yang
ada sekarang.
"Mereka yang sudah tidak yakin dengan kerajaan sekarang. Mereka yang mahukan perubahan.
"Mereka yang percaya kepada kepelbagaian kepimpinan yang ditonjolkan dalam barisan penaja parti dan yang akan datang.
"Mereka yang
berminat dengan visi perjuangan parti yang disebut oleh Tan Sri
Muhyiddin Yassin iaitu 'memberi harapan baru' kepada masyarakat Malaysia
(A new deal all Malaysians).
"Mereka yang menyanjung dan menghargai ketokohan Tun Mahathir.Mereka yang teruja dan ingin tahu hala tuju parti ini.
" Mereka yang
sudah bosan dengan keangkuhan kepimpinan kerajaan yang ada
sekarang.Golongan muda yang diterima baik dalam wadah parti baru ini,"
ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarulazman turut menjelaskan harapan parti itu diluluskan permohonan pendaftaran pertubuhan sedikit masa lagi.
" Kita masih
menanti berita tentang kelulusan permohonan tersebut. In shaa Allah jika
tiada halangan, kita akan menerima berita gembira dalam masa yang
terdekat ini.
"Kami ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan minat
untuk menjayakan parti ini apabila ia diluluskan kelak," ujarnya.
Beliau juga
menjelaskan, walaupun ada pihak yang kurang senang dan memperlekehkan
penubuhan parti baharu ini, ia sedikitpun tidak mematahkan semangat
jawatankuasa penaja.
"Walaupun ada
pihak yang memperlekehkan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia,
mereka jugalah yang berusaha menyerang dan terus memberi tekanan kepada
parti ini dan barisan pemimpin penajanya.
"Media kerajaan
digunakan oleh pemimpin kerajaan untuk memburukkan keperibadian
pemimpin Bersatu walaupun parti baharu ini masih belum diluluskan.
"Budaya
memfitnah dan memburukkan Tun Mahathir,Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri
Mukriz dan lain-lain ini hanyalah strategi alih tumpuan "diversion"
yakni sekadar ingin mematikan isu skandal 1MDB yang masih tak terjawab,"
jelas kenyataan itu.
Pada 9 Ogos
lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamid
berkata, proses pendaftaran parti Bersatu dijangka mengambil masa dalam
tempoh 30 hari sebelum diluluskan oleh satu jawatankuasa di bawah
Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Sosial (RoS) sebagai mengulas mengenai
penyerahan dokumen pendaftaran parti Bersatu oleh bekas Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di RoS pada hari sama.
Pada Ahad lalu
satu sidang media yang dihadiri pengasas Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad
dan barisan jawatankuasa protem telah mengadakan sidang media pertama
mereka untuk menjelaskan lebih lanjut berkaitan penubuhan Bersatu
.
Antara lain Bersatu menyatakan pendirian untuk bekerjasama dengan
Pakatan Harapan dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional
(BN) dalam pilihan raya akan datang. - malaysiadateline
No comments:
Post a Comment