Thursday, 25 August 2016

Idris Tak Bimbang Dengan Gelaran, Kenyataan Negatif

Idris Haron.
MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau tidak bimbang dengan tajuk berita negatif tentang dirinya yang ditulis dalam sebuah portal berita baru-baru ini.

Idris berkata beliau sedar bahawa beberapa pengguna Internet telah memanggilnya bodoh dan nama-nama lain yang menghina selepas beliau mencadangkan bahawa Amerika Syarikat menyasarkan Melayu selepas Iraq dan mencadangkan  persempadanan kawasan Dewan Undangan Negeri tertentu menjelang pilihan raya umum.

"Ada yang tanya mengapa saya berdiam diri walaupun terdapat beberapa komen yang melabelkan saya sebagai 'bahlol' dan mengapa saya tidak marah dengan kata-kata itu.

"Jawapan saya kepada mereka adalah, pengkritik-pengkritik ini mungkin lebih bijak daripada saya dan saya tidak mahu bertindak balas kepada mereka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Rabu.

Idris berkata beliau tidak menghalang mana-mana organisasi media, termasuk portal berita alternatif untuk membuat liputan terhadap dirinya walaupun terdapat cadangan supaya liputan dihadkan untuk acara-acara tertentu.

"Saya percaya dengan kebebasan akhbar, malah saya juga menjawab soalan daripada portal berita setiap kali mereka menghubungi telefon bimbit saya. Tetapi akhirnya, artikel ditulis untuk menggambarkan saya sebagai orang yang bodoh.

"Saya tidak kisah tetapi mereka yang mempunyai motif tersembunyi perlu menyemak hati nurani mereka dan bertanya kepada diri sendiri sama ada mereka telah melaporkan apa yang saya katakan dengan tepat."

Idris berkata, sejak di sekolah dan universiti, beliau tidak gentar apabila orang memandang rendah kepadanya.

"Apabila saya mula-mula menjejakkan kaki ke Universiti Texas di El Paso, Amerika Syarikat, terdapat senior yang bertanya, 'bagaimana muka Orang Asli ini boleh masuk ke sebuah universiti Amerika Syarikat?' dan sedih, mereka yang memandang rendah pada saya itu adalah rakyat Malaysia," katanya

Idris berkata, orang yang mengeluarkan kenyataan itu kemudian meminta maaf apabila beliau telah diberi penghormatan oleh Dekan Universiti dengan mendapat keputusan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik.

- mStar
Post a Comment