Tuesday 23 August 2016

Hillary, Clinton dalam 'mesin pencuci wang haram'

Seorang artis terkenal dengan ciptaan provokatif meletakkan beberapa poster di Los Angeles dengan menyindir yayasan amal Leonardo DiCaprio yang dikaitkan dengan 1MDB dan calon presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton kerana pengubahan wang haram.

Artis itu yang dikenali sebagai Sabo memberitahu The Hollywood Reporter bahawa beliau meletakkan karya seni berkenaan di luar rumah pelakon itu, tetapi dihalang berbuat demikian oleh kakitangan keselamatan.

Berikutan itu, Sabo menggantung poster berkenaan di kawasan Sunset Boulevard, berseberangan panggung wayang Archlight Cinemas.

"Karya seni itu menggambarkan kepala DiCaprio dan Clinton berputar-putar dalam mesin pengering pakaian dengan sebanyak AS$ 100 berpusar di sekeliling mereka.

"Di bahagian mesin basuh itu bertulis "Jenayah keluarga Clinton: Wang Haram Sejak 1997".

"Satu lagi menyebut bekas pencabar Clinton, Bernie Sanders "Bernie habis dijual untuk sebuah rumah tasik!!!" kata laporan itu.

DiCaprio menjadi hos bagi acara kutipan dana untuk Clinton di kediamannya di Hollywood Hills, tetapi ia tiba-tiba dibatalkan dengan menyebut mengenai kepadatan jadual.

Menurut The Hollywood Reporter, aduan Jabatan Keadilan (DOJ) mengenai 1MDB mencadangkan bahawa yayasan kebajikan beliau mendapat manfaat kewangan daripada mereka yang terlibat dalam skandal itu.

Dalam dokumen mahkamah difailkan DOJ menyebut beliau sebagai Hollywood Actor 1, dengan mendakwa wang daripada 1MDB mungkin digunakan untuk membiayai filem yang memenangi anugerah, 'Wolf Of Wall Street'.

Filem itu diterbitkan oleh Red Granite yang ditubuhkan oleh anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.

Red Granite bagaimanapun menafikan perkara itu.

Yayasan Clinton sementara itu berada di bawah penelitian kerana derma yang diberikan kepadanya oleh tokoh-tokoh luar negara.

Bill Clinton berkata baru-baru ini bahawa yayasan itu tidak akan menerima wang antarabangsa jika Hillary dipilih sebagai presiden.


- MK

No comments: