Wednesday 24 August 2016

Peguam Hafarizam wakili PM dalam saman Zaid

Image result for Peguam Hafarizam wakili PM dalam saman Zaid
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung saman yang difailkan oleh bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Hafarizam berkata beliau akan menerima surat pelantikan itu lewat hari ini.

"Saya hanya dilantik untuk mewakili PM dalam saman tersebut.

"Saya tidak tahu siapa yang akan mewakili 1MDB dan (anak tiri Najib) Riza Aziz," katanya selepas pengurusan kes saman Najib terhadap bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.

Zaid menamakan Najib, 1MDB, kerajaan Malaysia dan Riza Aziz sebagai defendan dalam saman tersebut kerana melanggar tanggungjawab fidusiari.

Bekas menteri itu mahu perdana menteri memulangkan AS$ 731 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya kepada kerajaan.

Zaid juga mahu RM42 juta yang diterima Najib daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dikembalikan kepada kerajaan dan 1MDB.

Zaid memfailkan tindakan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, melalui firma guaman Tetuan Americk Sidhu.
- MK

No comments: