Monday, 1 August 2016

Selamat bersidang, bercerai kita roboh, pesan Najib

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan seluruh anggota UMNO yang akan menyertai mesyuarat perwakilan bahagian supaya bersatu dalam menentukan hala tuju parti.

Perdana menteri berkata setiap anggota parti mempunyai peranan penting dalam menentukan hala tuju kelangsungan perjuangan parti.

"Kepada semua yang akan ambil bahagian dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO bermula hari ini, ingatlah bahawasanya dengan bersatu kita kekal teguh, andai bercerai kita akan roboh.
 
"Selamat bersidang saya ucapkan," kata Najib menerusi laman rasmi Facebook miliknya, hari ini.

Mesyuarat perwakilan bahagian UMNO dijadual berlangsung bermula hari ini hingga 15 Sept di semua 191 bahagian seluruh negara.

- Bernama

No comments: