Tuesday, 19 July 2016

Jurang kaya-miskin makin meluas – penyelidik


KUALA LUMPUR: Badan pemikir ekonomi Blindspot memberi amaran pencatutan dan ekonomi kroni menguja jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin.

Akibatnya, berlaku ketaksamaan dan gaji tidak menyamai kenaikan kos sara hidup.
Pengasas bersama dan penyelidik Blindspot Azlan Awang berkata jurang ekonomi ini boleh dilihat apabila gaji dibandingkan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

KDNK merupakan nilai kewangan semua barangan siap dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara dalam tempoh tertentu.

“Sekiranya kita bandingkan gaji kepada KDNK, nisbah sedia ada sekitar 33%. Ini bermakna hanya 33% pergi kepada gaji pekerja; sementara 67% lagi kepada syarikat sebagai keuntungan.”
“Di negara-negara maju, pengagihan hampir terbalik – 50 hingga 60% daripada KDNK pergi kepada gaji dan bakinya kepada syarikat sebagai keuntungan,” katanya kepada FMT.

Berdasarkan pengamatannya, pemilik model mengumpul lebih banyak duit dengan membayar gaji yang kurang.

Malah daripada sudut pandang makro, syarikat sepatutnya mampu membayar gaji yang lebih tinggi.
Azlan menambah gaji yang rendah menyebabkan isi rumah mempunyai simpanan yang kecil.
Berdasarkan penyelidikan Khazanah pada 2014, Azlan berkata 74 peratus isi rumah kerentanan dan mempunyai simpanan kurang daripada enam bulan.

“Mungkin sebahagian besar tidak punyai simpanan langsung.

“Sekiranya pencari nafkah utama hilang mata pencarian atau seorang ahli keluarga jatuh sakit dan memerlukan rawatan yang mahal, keluarga itu mungkin akan terjerumus dalam hutang,” katanya.

Tambahnya, penyelidikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2013 pula menunjukkan 64% pekerja berpendapatan RM2,000 sebulan manakala 92% berpendapatan bawah RM6,000 sebulan.

“Dimana ketas menengah? Sekiranya kita perlukan RM3,000 hingga RM4,0000 sebulan untuk hidup di bandar, statistik KWSP menunjukkan hanya 8% berpendapatan RM,6000 keatas sebulan,” katanya.

Azlan menyambut baik perlaksanaan gaji minimum yang menuntut syarikat membayar kakitangan mereka paling kurang RM1,000 sebulan di Semenanjung dan RM920 sebulan di Sabah dan Sarawak mulai 1 Julai, bagaimanapun jumlah yang ditetapkan itu hampir menyamai garis kemiskinan.
Beliau berkata pekerja berkenaan tidak akan mampu menyara keluarga dan dirinya.

Azlan berkata syarikat perlu membayar golongan miskin gaji yang lebih tinggi kerana akan memberi manfaat kepada syarikat secara tidak langsung.

Katanya golongan miskin itulah yang menjana ekonomi.
Sekiranya gaji mereka dinaikkan, jelasnya, mereka mampu membeli buku yang lebih baik untuk anak-anak, mengambil insuran, kenderaan, kediaman dan barangan isi rumah.

Kesan rantaian daripada penggunaan itu akan membantu pertumbuhan ekonomi negara, katanya.
“Apabila syarikat atau pemberi sewa mengaut keuntungan, mereka melabut dalam pasaran spekulatif seperti terbitan, niaga hadapan, saham dan hartanah. Itu tidak merangsang ekonomi,” tegasnya.

Menurutnya masalah gaji pekerja adalah ia tidak menyamai kos kehidupan. Beliau memberikan contoh:
“Mengikut gaji minimum RM4.33 sejam: seorang pekerja tempatan mengambil masa 56 tahun untuk memiliki sebuah rumah banglo (45 minit daripada pusat bandar) dan 11 tahun untuk membeli sebuah Honda Civic berbanding pekerja Australia yang mampu memiliki sebuah Honda Civic dengan tujuh bulan gaji dan sebuah banglo seakannya di Australia dengan 10 bulan gaji, dengan gaji minimum A$17.29 sejam.”

Katanya jurang ekonomi antara kaya dan miskin berlaku di mana-mana negara tetapi perkara itu tidaklah sehingga golongan miskin tidak mampu menjalani kehidupan yang selesa kerana itu akan melembabkan pertumbuhan ekonomi.

Azlan berkata berlakunya pencatutan mencapai tingkat yang sangat tinggi dalam kalangan syarikat-syarikat besar, terutamanya oleh pemberi sewa, atau individu yang mendapat kontrak kerajaan dan mengaut keuntungan jutaan ringgit.
“Atau dia berjaya melobi untuk suatu dasar kerajaan atau perubahan kawal selia yang sekelip mata memberikan beliau keuntungan jutaan ringgit jika tidak berbilion ringgit.

“Sebarang perubahan pada dasar akan menghasilkan wang. Tetapi wang itu sepatutnya pergi kepada membayar gaji yang lebih tinggi.”

Pada Mei tahun ini, indeks kapitalisme kroni iaitu indeks yang membandingkan peratus kekayaan seorang hartawan dibandingkan kepada KDNK, meletakkan Malaysia di tangga kedua selepas Rusia.
Azlan mendakwa ekonomi negara sebenarnya lompong kerana 40% ekonomi negara masih bergantung kepada pemasangan produk elektrik dan elektronik iaitu kerja yang membayar gaji yang kecil, dan 20% lagi daripada produk petroleum.

“Bakinya tinggal 40% lagi untuk kita. Itulah tulang belakang ekonomi negara.
“Sektor elektrikal dan elektronik akhirnya akan melihat ke Vietnam lantaran kos buruh yang lebih murah. Atas sebab itu kerajaan sepatutnya beralih kepada pekerjaan bernilai tinggi berpendapatan tinggi.

“Kita bergerak perlahan dalam mencapai pekerjaan bernilai tinggi. Kita masih terperangkap dengan menjemput pelaburan luar negara ke negara ini.

“Pelabur asing disini menikmati cukai dan bil yang rendah. Sesetengahnya menggaji kira-kira 300 pekerja, tetapi menikmati lebih banyak faedah.

“Keuntungan mereka tidak memberi manfaat kepada kita kerana pelabur membawa pulang keuntungan itu. Sekiranya kita mahu berjaya, kerajaan perlu melabur dalam rakyat dan komoditi.
“Banyakkan rakyat menghasilkan alat dan barangan tempatan dalam negara. Cipta permintaan domestik melalui gaji tinggi.”

- FMT

No comments: